Pages

Thursday, December 13, 2012

Lapor diri JPA

Assalamualaikum teman2 sekalian.

hari ini syira nk kongsikan bagaimana nak lapor diri JPA secara online. Hal ini ditujukan khas kepada pemegang-pemegang biasiswa JPA yang telah berjaya menamatkan sesi pengajian mereka. Secara peribadinya, setiap pemegang biasiswa JPA akan menerima surat khas daripada pihak JPA untuk memaklumkan bahawa anda perlu melaporkan diri kepada JPA. telah jelas arahan disitu bagaimana ingin melaporkan diri. Namun bagi adik2 kakak abang2 yang belum paham meh saya nk tolong anda.

Memandangkan saya baru sahaja melaporkan diri kepada pihak JPA. Jadi saya berbesar hati ingin berkongsi ilmu kepada kalian semua bagaimana nak lapor diri secara online.

Ini Lapor Diri Secara Online ya!

1. Sebelum melapor diri korang kena memohon jawatan di SPA. Seperti syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JPA. Link untuk memohon di SPA borang permohonan SPA 8i http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I  korang Daftar Akaun Baru bagi yang belum pernah memohon. Kemudian isi semua butiran yang diperlukan. Minima kerja yang dipohon adalah 5.

2. Selesai SPA. Kemudian korang pergi ke laman portal JPA. Pergi ke link ini http://esimos.jpa.gov.my/esilav2/ . Sila Daftar Pengguna Baru  bagi yang belum ada akaun. Kemudian Log In macam biasa. Isi semua butiran yang diperlukan.

Selesai. Mudahkan.

Khas untuk orang macam saya yang belum konvo, tiada salinan Ijazah/Diploma/ Surat pengesahan senat dan Salinan Transkrip Pekerjaan.

Thank you JPA! love u.

Friday, July 13, 2012

Gelombang 'BAWAL'

BAWAL. ikan bawal ke? kihkih..mesti itu yang terlintas di pikiran adik2 kakak2 semua kan apabila kita menyebut perkataan ' bawal ' satu ketika dahulu. Namun sekarang tidak lagi. Malah rata2 rakyat malaysia terutamanya mulai mengenali fesyen bawal. *aku mengulas bajet editor majalah je.


ehem...ehem..formal sangat lorh tak biasa lak aku..kita kasi gamble sket la ok. Haa arini aku nk cerita sal bawal ni. bukan ikan bawal tu tau..tapi tudung bawal. wahh dulu kalau cakap bawal je mesti terbayang bawal yang ada kerawang2 kat tepi tu..mak dan akak aku pon terpengaruh dengan fesyen..beli nya mahal nk mampus sampai nk dekat ratus. mak aihhhh!! membazir benor. its not me k. im prefer the things that more cheap but nice. buat ape nk spend money on clothes yang mahal2 sedangkan bukan nk pakai sampai mati pon. sumpah beb! takkan sampai ketua baju tu ...1. nanti akan rasa boring bila nk pakai byk kali. 2. takut baju tu punah dulu sebelum sampai tua hehe..


so kali ni aku ni aku nk bawakkan tudung BAWAL yang sesuai dengan gaya semasa nk2 remaja cam aku ni. ahakkss! sebelumm apa2 yang berlaku..*gempa bumi ke petir ke..aku nk cerita asal usul tudung bawal trend terbaru ni..nak baca tak korang?? mesti baca meh..dah lepak kat blog aku takkan xnk baca beb..


Tahukah anda? "takk tahuuu" jawab dalam hati. Bawal sebenarnya berasal daripada perkataan VOILE iaitu bermaksud soft, sheer fabric, usually made of 100% cotton or cotton blends including linen or polyester. Maksud tu aku copy kat wikipedia ajer. Bawal mula dibawa masuk ke kelantan..sesampai je kat sana dialek kelantan telah mengubah sedikit sebanyak perkataan voile kepada bawal  . contohnya , "Bak wol (voile) duo helai ". seee...maka bunyi nye jadi la macam bawal..


Bawal trend terkini juga berasal daripada idea kreatif personaliti NURJUMA. Beliau telah menghasilkan ia sebagai salah satu fesyen yang segar di dalam dunia berhijab. thanks to her.
tudung macam norjuma pakai ni pon aku akan jual!
(sekadar gambar hiasan)
So the IMPORTANT things now, aku nk habaq mai kat suma...yang aku pon pasni akan jual tudung bawal. Insyallah aku akan release tak lama lagi. Antara produk yang aku akan jual...


1. Bawal 1 tone
2. Bawal 2 tone
3. Bawal Mahkota
4. Bawal Beuty Kia.
BAWAL PLAIN 
Bawal two tone 
copyright from google norjuma
(gambar hiasan)
Harga?? Mestilah terbaik bebb! memandangkan aku pon sorang student dan sangat bajet dalam membeli belah..maka aku paham perasaan hangpa semua. Jangan risau aku akan bagi harga baik punya.. kalau beli banyak lagi banyak diskaun aku bagi.


Harapan : Korang support la aku ya?? harap2 semuanya berjalan lancar. Ini merupakan langkah pertama aku nk berjinak2 dalam dunia perniagaan. moga aku berjaya amin! korang doakan tau. Daripada Allah rezeki itu datang..dan kepada Allah juga kita bergantung harapan.


ada pape cadangan dan komen amatlah dialu2kan. harap2 adala sikit duit poket nk raya ni. time praktikal ni banyak tol pakai duit. InsyaAllah rezeki tak kemana. Asalkan ada usaha ye dop?


thanks korang for reading. :)


Friday, July 6, 2012

Herbalife : Day 3

Bismillahirrahmanirrahim..

ini adalah kesinambungan entry dahulu http://lovelysyierasalleh.blogspot.com/2012/06/herbalife.html! Baca yang ni dulu..

Day 3! Yup! Tup tup dah masuk hari ketiga aku bersama sama herbalife. Kenapa aku eksaited terlebih nk story pasal herbalife ni? mesti semua tertanya tanya kan. Yes FYI aku sekarang adalah consumer herbalife. Aku dah ambil full set produk herbalife.

Set herbalife yang aku consume :
1. Formula 1 shake : strawberry and choc
2. Formula 3
3. Tea with lemon (betul ke eh nama dia entahla asalkan tea)
4. Aloe Vera

habiss!

yes setiap hari aku akan plan makanan aku dengan memakan semua yang berada diatas. Sedap ke? emm bagi aku boleh dikategori boleh telan la..tapi tidakla sesedap milo shake, cool blog ke each a cup. no no no ia hanya lah shake yang berperisa dan berfungsi sebagai makanan ruji aku lepas ni.

Setelah di selia cewah guna word selia plak aku hari ni..oleh Kak Rai iaitu consultant herbalife aku..aku hanya akan mengikut jadual pemakanan seperti yang dia tetapkan. Dik ooii kalau nk kurus cepat disiplin itu perlu tau. Memandangkan aku dah biasa dah kebuluran sebelum ni..so perut aku takde masalah pabila aku kurangkan amaun makanan aku setiap hari. this my jadual pemakanan.

Breakfast :
1. Pagi2 buta selepas mandi dan solat subuh aku akan ke dapur membancuh ALOE VERA untuk membersihkan usus aku. mana tau tersumbat or berkarat ke an. So no sembelit n more functioning.
2. Aku akan membancuh shake aku. Slalu buat Choc Strawberry..sedaapp! Aku bawak simpan dalam beg. sbb tak sempat nanti nk pegi keje.
3. aku perlu minum tea secawan. selalunya aku akan bawak botol air 1.5L ke tempat kerja bancuh tea 5 sudu dgn air tu dan minum bila kehausan.

Lunch :
1. makan macam biasa tapi kurangkan nasi lebihkan sayur dan buah2an.

Dinner :
1. aku akan minum shake sahaja kemudian secawan tea..pastu kul 10 dah tido krohhh krohh...

IN CASE kalau aku lapar sangat..~~

aku akan makan besar waktu breakfast. makan nasi goreng ke mee goreng ke...sebab breakfast like a king right?

so time tengahari aku tak makan..just take shake n fruit only. Malam pon minum shake. Adil kan??

hehe..

FEEDBACK after consume in three days...

1. Badan aku rasa ringan sedikit..more energitik kalau berdiri lama pon relaks sahaja.
2. Perut makin leper uhuk2...dah shaping.
3. Lengan nampak mengecil.
4. DAN PALING BEST berat turun sekilo beb. tiap2 hari aku akan timbang ditempat kerja. :)

thats all! harap2 lepas few month i can be kareena kapooorr...wait n c...

keep diet , keep healthy and keep HAPPY !!

Friday, June 29, 2012

Herbalife

Herbalife. pasti ramai dah tahu mengenai produk kesihatan ini kan. Rata2 diseluruh dunia heboh mengenai kejayaan produk ini dalam mengawal berat badan. Malah pernah suatu ketika dahulu di kampus aku sendiri datang agensi eh betul ke agensi ya..yang menjual produk herbalife. Namun aku bukan nk menjual produk herbalife kat blog aku ni tau..saja nk share informasi yang aku dapat.

Aku sebenarnya mempunyai masalah berat badan. yup! i admit it. Kalau dulu berat badan aku adalah 70kg. Jangan terkejut  buat biasa sahaja okey. Berat badan aku turun sebanyak 12 kg. Maka 58 kg jela yang tinggal. Banyak perubahan yang berlaku beb. Kalau dulu muka bulat cm piring, dah jadi kurus. tapi itu pada 2009 la. Sekarang da pertengahan 2012 dah pon..disebabkan kegagalan aku nak kawal nafsu makan, tambah2 lagi teruja dapat kebebesan makan makanan fast food berat aku naik sehingga 65 kg. YEs now im 65 kg while im write this story.

Huhhhh! sedih memang sedih. tapi salah aku jugak yang tak kawal berat badan kan. so, badan pon da rasa berat, peha da semakin mengembang banyak baju yang tak boleh pakai. Malah aku da pakai semula baju yang aku guna masa 70 kg tu. So sad!



Aku da buat keputusan nak consume produk herbalife. Kenapa? sbb aku nak badan kelihatan ramping semula, nak badan rasa cergas, ringan dan automatik hidup pon happy. Tambah2 lagi abang aku nak kahwin so i must have something to improve to my family n related.  dan kenapa aku pilih herbalife? sebab aku dah baca banyak testimoni mengenai herbalife. dan 90% berjaya. Alhamdulillah. tapi aku ni kadang2 hangat2 tahi ayam je. so i must get rid that atitude right now.

STRESS

So insyaAllah aku akan consume complete set herbalife after this. Harga dia  memang mahal la kan sama macam beli blackberry torch 9800 idaman aku dulu...tapi tak apalah..aku jugak yang sihat nanti. No obesity. Sekarang aku hanya amalkan 1 prinsip. Breakfast like a king, Lunch like a Queen, and dinner like a pauper. sekarang rasa perut pon makin sihat.

harap2 lepas ni badan boleh makin susut. i TRUST u herbalife. so please be nice to me. To my friends please support me..dont make me down. Sorry kalau dah tak dapat nak makan banyak2 ngan korang because i have my own mission. :)

Sekarang dah order pon...harap2 berjaya. Tanpa usaha, tiada kejayaan. Bersusah dahulu bersenang kemudian. I sacrifice my money for something that i really want. Thanks to kak raihana yang banyak beri motivasi secara tak langsung.

this is her blog : http://www.raihannavanilla.blogspot.com/2012/06/soalan2-lazim-herbalife.html

Jangan lupa tekan button follow disebelah kanan :)

Saturday, June 23, 2012

Dua Belas Tidur Yang Sunat Dikejutkan

Tahukah anda? saya pon baru tahu.. :) jom baca sama2..

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

*Pertama:

seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra

*Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

*Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

*Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

*Kelima:

Tidur waktu subuh.

*Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang

*Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.

*Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

*Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

*Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap.

*Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

*Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.



Friday, June 22, 2012

Dakwah

berdakwah! dah jalankan tugas anda sebagai muslim? menyebarkan islam di dunia ini? meskipon tak mampu melakukan secara besar besaran..tapi dengan hanya menyelitkan sedikit pengajaran atau moral itu pon di katakan dakwah. asalkan berteraskan dengan nama Allah swt.

tapi..bila kita post2 ada pulak org duk kata kita ni itu la inila...

adat la manusia kan, rambut sama hitam hati lain2...

biarlah mereka. kita laksanakan je kewajipan kita..jalankan tanggungjawab kita sudahla..mereka pikir sndiri,,

insya Allah..aku ingin hamba dia yang bertakwa! kerana hidup ni sementara je :)