Pages

Friday, June 29, 2012

Herbalife

Herbalife. pasti ramai dah tahu mengenai produk kesihatan ini kan. Rata2 diseluruh dunia heboh mengenai kejayaan produk ini dalam mengawal berat badan. Malah pernah suatu ketika dahulu di kampus aku sendiri datang agensi eh betul ke agensi ya..yang menjual produk herbalife. Namun aku bukan nk menjual produk herbalife kat blog aku ni tau..saja nk share informasi yang aku dapat.

Aku sebenarnya mempunyai masalah berat badan. yup! i admit it. Kalau dulu berat badan aku adalah 70kg. Jangan terkejut  buat biasa sahaja okey. Berat badan aku turun sebanyak 12 kg. Maka 58 kg jela yang tinggal. Banyak perubahan yang berlaku beb. Kalau dulu muka bulat cm piring, dah jadi kurus. tapi itu pada 2009 la. Sekarang da pertengahan 2012 dah pon..disebabkan kegagalan aku nak kawal nafsu makan, tambah2 lagi teruja dapat kebebesan makan makanan fast food berat aku naik sehingga 65 kg. YEs now im 65 kg while im write this story.

Huhhhh! sedih memang sedih. tapi salah aku jugak yang tak kawal berat badan kan. so, badan pon da rasa berat, peha da semakin mengembang banyak baju yang tak boleh pakai. Malah aku da pakai semula baju yang aku guna masa 70 kg tu. So sad!



Aku da buat keputusan nak consume produk herbalife. Kenapa? sbb aku nak badan kelihatan ramping semula, nak badan rasa cergas, ringan dan automatik hidup pon happy. Tambah2 lagi abang aku nak kahwin so i must have something to improve to my family n related.  dan kenapa aku pilih herbalife? sebab aku dah baca banyak testimoni mengenai herbalife. dan 90% berjaya. Alhamdulillah. tapi aku ni kadang2 hangat2 tahi ayam je. so i must get rid that atitude right now.

STRESS

So insyaAllah aku akan consume complete set herbalife after this. Harga dia  memang mahal la kan sama macam beli blackberry torch 9800 idaman aku dulu...tapi tak apalah..aku jugak yang sihat nanti. No obesity. Sekarang aku hanya amalkan 1 prinsip. Breakfast like a king, Lunch like a Queen, and dinner like a pauper. sekarang rasa perut pon makin sihat.

harap2 lepas ni badan boleh makin susut. i TRUST u herbalife. so please be nice to me. To my friends please support me..dont make me down. Sorry kalau dah tak dapat nak makan banyak2 ngan korang because i have my own mission. :)

Sekarang dah order pon...harap2 berjaya. Tanpa usaha, tiada kejayaan. Bersusah dahulu bersenang kemudian. I sacrifice my money for something that i really want. Thanks to kak raihana yang banyak beri motivasi secara tak langsung.

this is her blog : http://www.raihannavanilla.blogspot.com/2012/06/soalan2-lazim-herbalife.html

Jangan lupa tekan button follow disebelah kanan :)

Saturday, June 23, 2012

Dua Belas Tidur Yang Sunat Dikejutkan

Tahukah anda? saya pon baru tahu.. :) jom baca sama2..

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

*Pertama:

seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra

*Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

*Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

*Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

*Kelima:

Tidur waktu subuh.

*Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang

*Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.

*Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

*Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

*Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap.

*Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

*Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.



Friday, June 22, 2012

Dakwah

berdakwah! dah jalankan tugas anda sebagai muslim? menyebarkan islam di dunia ini? meskipon tak mampu melakukan secara besar besaran..tapi dengan hanya menyelitkan sedikit pengajaran atau moral itu pon di katakan dakwah. asalkan berteraskan dengan nama Allah swt.

tapi..bila kita post2 ada pulak org duk kata kita ni itu la inila...

adat la manusia kan, rambut sama hitam hati lain2...

biarlah mereka. kita laksanakan je kewajipan kita..jalankan tanggungjawab kita sudahla..mereka pikir sndiri,,

insya Allah..aku ingin hamba dia yang bertakwa! kerana hidup ni sementara je :)