Pages

Saturday, December 31, 2011

Epal digoreng? ranggup seperti kentang!

assalamualaikum...

hai sume! hari ni syira nk membincangkan tajuk yang amat mermusykilkan orak syira beberapa saat yang lalu. takdela musykil sangat cuma rasa janggal. janggal kenapa? hehe..

sebab mak syira yang baru pulang dari beijing pada disember yang lalu..telah pulang bersama2 kerepek@keropok@cekedis  entahla apa yang patut syira kelaskan pada makanan tersebut. Bukan keropok atau kerepek biasa ianya unik.

Yelakan kalo tak unik wat pe la syira merajinkan diri menaip entri sebegini rupa disaat buku sedang memanggil2 untuk membelainya. kerepek ni di buat daripada epal! ya epal kawan2! bukan cik epal yang buat ye..itu tidak benar sama sekali.

epal tu digoreng seperti kentang goreng setelah dihiris nipis2..memang owesome la rsanya. Sweet sour gitu! enak dimakan bergitu sahaja. tapi bagi syira yang pegemar tegar makanan masin daripada yang manis ni ..kerepek itu tidak bejaya menambat hati syira. Syira lebih gemar kentang goreng chip potatos haha..

sekarang ni bukan setakat kentang je digoreng malah mcm2 lagi digoreng skali..epal goreng, limau goreng, betik goreng,,,lipas goreng cicak goreng errghh! anda dirumah jangan cuba yang pelik2 tu ya..haram disisi agama islam..menjijikkan dn boleh membawa penyakit..

ni gambar snack epal goreng dari china :-




Friday, December 16, 2011

Tips pilih baju agar nampak langsing!

Hye hye hye..hari ni syira nak crita sal tips nak pilih baju lak..syira tau  korang pon da pandai nak pilih2 baju kan. tapi biasalah manusia ni unik dilahirkan dengan citarasa yang berbeda2. ada yang mau yang cenggini ada yang nak yang macam tu..aiishh macam2..


tapi yang penting pasti ibuk2 kakak2 mau kelihatan langsin macam lisa suruhani kan..jangan risau..syira akan cuba membantu. cewah..macam syira ni teror sangat je kan..huhu. Syira sekadar berkongsi apa yang syira tau wokeyh. tak salahkan?? hehehe....


OH GEMUKNYA!! TAKNAKLA PAkAI BAJU Ni!!.. lantas baju tu dicampak jauh2..adehhh! sayang sama itu baju dik..kan membazir..

Lepas ni sebelum beli baju tu...kita kena tengok badan kita bentuk macam mana dulu k. Bentuk badan manusia (perempuan) boleh di kategorikan kepada dua jenis...


1. Berbentuk epal 
Besar diatas (dada) dan kecil dibawah (kaki yang kurus)



2. Berbentuk pear..korang kenal x?
Badan kurus je..tapi pinggul dan peha agak besar.

So sekarang korang da kenal pastikan badan korang jenis macam mana? haaa baru lah senang nak cari baju....

Untuk yang memiliki badan yang besar di bagian atas, korang mestilah menghindari pakai baju yang mengerlip2 atau terang di daerah atas. sebaiknya menggunakan warna yang lebih gelap. Pakailah baju dengan lengan besar atau baju yang longgar ke bawah untuk menutupi pinggul dan pinggang. elakkan dari memakai pakaian yang mencuri perhatian orang lain.. Anda jugak mestilah meminamakan warna pemakaian anda. Gunakan baju yang lebih plain lebih baik. Namun untuk tampil kekal bergaya korang hiaskan penampilan korang dengan menggunakan tudung yang bercorak menarik. gunakan kasut yang berwarna terang jugak boleh mengalihkan pandangan orang lain terhadap bahagian atas badan korang okey!

Bagi mereka yang memiliki pinggul yang besar dan mahu kelihatan lebih langsing..korang kena pandai memilih seluar. Cara-caranya..pakai lah seluar yang menutupi sehingga ke paras buku lali anda...ditambah pula pemilihan jeas berjenis boot cut atau straight leg akan menampakkan peha korang menjadi lebih langsing gitu.

Selain itu, bagi mereka yang memiliki bahagian bawah yang besar jugak...korang boleh memilih baju yang berspan kecil. jangan terlalu tebal kerana itu akan menampakkan diri korang lebih besaar. kenakan hiasan yang agak ringan diatas.

dalam pemilihan gaun pula..pastikan korang tidak memakai gaun separuh atau berbentuk potongan payung. Oh no!! nanti kamu akan menonjolkan bahagian peha kamu yang besar itu..Sebaliknya pilih gaun yang labuh hingga ke paras kaki wokey!

memilih baju yang mempunyai garisan vertical juga turut membantu anda kelihatan langsing. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk terlihat langsing.

Mengenakan bangle dan jam model gelang kadang kala membuat lengan Anda tampak lebih kecil. Hindari kain mengilap banyak warna. Ini akan memantulkan cahaya dan membuat Anda tampak lebih besar.

wah..panjang lebar dah syira bebel...korang paham tak? okey lepas ni kita sama2 amalkan nya ...

bubye...

Tuesday, December 13, 2011

Jom buat agar bersama syira! Lab session #1

Bismillahirrahmanirrahim...salam semua!! korang tengah watpe tu? wah seeronok nye adik2 tengah bercuti yek...msti pergi holiday kan? story morry la skettt...heee

Hari ni syira nak cerita sal lab syira. Asyik2 sal tips2 kan..apelah salahnya sekali sekala syira story sal kampus life syira pulak kan.

Korang tau tak syira ni study course MLT or Medical Laboratory Technology? hehe...so tengok nama kos pon dah ada lab kan..semestinya la syira selalu bertandang ke lab.

Kali ini syira ditugaskan oleh lecturer hencem syira untuk buat agar. Eh eh..bukan agar agar yang jual kat pekan sari tu tau. bukan perisa sirap , jagung or milo ye..ni perisa terbaik dari ladang punya. Agar ni dibuat untuk culture organism. apa2 bacteria virus semua..so kira agar ni macam rumah dia la..tempat dia membiak..

Antara salah satu bahan yang ada dalam agar ni ialah blood. woooo! scary tak..haha...nama pon bacteria kan..so mestilah dia suka duduk kat darah kita..maka terhasil lah blood agar.

Cara2 nak buat nye senang aje..sebijik cam main masak2...sape yang suka buat kek tu mesti teror buat agar ni. first kena timbang atas weigh balance..then bancuh dengan air..kacau kacau kacau..masuk dalam microwave...siap...! ada yang kena autoclave..untuk pastikan tiada organism yang tumbuh kat agar tu lagi...

Nak tengok tak lab microbe syira? jom jom...so kepada adik2 yang terasa berminat bidang2 medik tapi malas nak jadi doktor..boleh la join course ni..belajar sama susah je nan medik..tapi keje relaks beb...tak payah nak terkejar2 cam doktor.,.huu..Ops doktor jangan marah!

Masa ni baru nak pour agar yang siap dibancuh
ke dalam plate...

Semua sedang sibuk menjalankan tugas masing2..
maklumla dah sem 4 so semua kena buat sendiri..
lecturer just lepaskan je..

Sape tak kenal ni meh nak ketuk kepala!!!
ni  microscope ye adik2..

Ehem2...sweet tak wakaka...takdelah..bekerjasama tu penting..
apa yang penting??

Ni lah dia agar yang telah siap dipour...

Add caption

Ni lah dia CIKNAD...cuba teka yang mana...khusyuk je kan..

Ni agar yang telah dibancuh...
dan masih berbentuk liquid lagi..

bila kerja da siap..mula la nak snap merata2..(sila jangan tiru aksi
ini ketika berada dalam lab)

peewwiittt..


Itu sahaja! selagi kita masih muda dan sihat ..hargai dan nikmati nikmat yang diberikan okay! study2 jugak kadang relaks jugak bah...

wasalam..

Thursday, November 24, 2011

Tips : Cara nak buat air Penerang Hati

Bismillahirrahmanirrahim....assalamualaikum semua!!

tiba2 hari ini syira terasa nk kongsikan ilmu agama pulak...walaupon syira tidaklah alim sangat tapi ilmu yg ada sikit2...yang mak , cikgu2 berikan syira ase harus syira kongsikan.

Memandangkan syira pon baru je melangkah ke lembaran baru..iaitu sem baru...syira baru je lepas kemas2 nappy syira ni dan terjumpa doa mak bg hari tu....sesuaila kan untuk orang yg baru nak belajar...

Actually, doa ni ustaz mak kasi...then dia bg kat syira..ni sume untuk penerang hati.agar kita mudah nak belajar..ilmu mudah masuk...otak pon pick up jer...

tapi ia tidaklah bermaksud..lepas minum ni leh terus bijak jer..kenala usaha kan...takde usaha takdelah hasilnya kan!

oklh korang leh baca sini...

Sekadar berkongsi :)
wasalam....

Thursday, November 10, 2011

Tips cantik : Melembutkan rambut *Simple

Hai hai hai! Petang2 jom rehatkan diri dengan baca tips yira kali ini! :) enjoy!!

Yang nak baca ni mesti nak rambut yang cantik dan menawan kan kan kan? oo tak nak mengaku ye..xpe2..hehe

Jom kita google sama2...mudah dan ringkas..
semudah makan ABC tepi jalan..slurpp!
  • Beli atau sediakan kangkung..basuh hingga bersih.
  • Sediakan air tak kisahlah dalam besen ke cebok ke..hehe
  • Ramas kangkung dalam air tersebut..untuk mendapatkan lendirnya.
  • Lumurkan dikeseluruhan kepala sambil urut kulit kepala.
  • Biarkan selama beberapa minit 
  • Bilas dengan air bersih
  • Amalkan setiap hari untk hasil terbaik.
Tadaaa! lambut lembut seperti dapat rawatan di saloon..mudah dan jimat! dah cuba gitau eh..:)

credited to miss google

Disediakan oleh ,

Monday, November 7, 2011

Fatin Liyana bakal doktor jelita

Holla!! mesti semua orang kenal kan kan kan..Fatin Liyana Asri aka FL ni..sape tak kenal tu pegi berkenal2 skrang..hehe..

ambil di FB beliau..:) ngee

Syira memang admire giler FL nih..sumpah beb! dah la comey bijak lak tu. Syira nak jadi cm dia..agak2 boleh tak? kihkih..tapi syira ni tak la comey pon. :(

Tadi syira baca status FL kat FB...

Thanks kawan-kawan yang perasan kite dalam PancaIndera semalam.. Malu tau =p

lantas syira pon tekan mouse laju2..terjah profile page tu..haiya!! macam mana syira leh tak tau ni..ishh!! dah la surat khabar pon mak tak beli..gara2 sibuk berkorban kan..emm..tpaksala syira google sendiri. Nasib baik en google masih setia memberikan khidmat beliau kat syira.

Lepas di google2 tadaaaaa!! akhirnya jumpa jua...

korang nak baca gak ke? hihi...apa lg tekan laju2..


Fatin Liyana bakal doktor jelita

Sunday, October 30, 2011

Tips kurus : Perkara yang TAK BOLEH buat selepas makan

Tu dia!!! besar lagi gambar SS letak. Haaa..korang dah bacakan tips untuk hari ini..."Perkara yang TAK BOLEH buat selepas makan" haaaa..ape yang anda buat yek selepas makan...?

Disini ada lima perkara yang korang tak leh buat selepas makan tau!! Kalau dah kata jangan buat tu maknanya ada side effect la kan. haa nanti SS akan story panjang2 ape kesannya ye. Yang penting korang kena ingat lima perkara...sebelum lima perkara...eh eh silap. tu lagu raihan demi masa kihkihkih...korang kena ingat lima perkara nih...

  1. Jangan minum ais!!
# waaaa...dah la feveret SS ice blended! patutla ***** SS nih..emmm. kempunan la cool blog SS seumur hidup.Nak tau tak sebab ape ice tak boleh? haa..meh sini rapat2 SS nak habaq...jika kita minum ais...perut kita akan kurang aktif..kalau kita dalam keadaan sejuk pon kita cam malas je nantok..pergerakan jadi lambat..macam tu la jugak perot. So sistem penghadaman kita pon akan terjejas..hadoiii..nanti sakit perot la pulak.

   2.  Jangan mandi!

# hahhh!! jangan mandi?? gilo ke ape nih...hehe..sabaq2 cek tak habis cakap lagi nih. Jangan mandi selepas makanlah! Mandi dikatakan boleh melaancarkan proses pengaliran darah di kaki tangan dan bahagian lain tetapi bukan perut ye adik2. So bila anda semua mandi selepas makan ia akan melemah kan proses penghadaman...ni kes sama macam ais tadi. Perut jd MALAS!


3.  Jangan tidur!!


# No! No! No! haa pastikan anda tidak tidur selepas makan. bayangkan perut anda yang penuh itu berada dalam keadaan horizontal. Macam mana perut tu nak spin kan?! kalau mesin basuh diletak terlentang pon ase2 dia akan berpusing tak? tidak kan. Lagipon tidur selepas makan akan cenderung berlakunya gastric. so stay up k! lepas dua jam makan baru boleh tido.


4. Jangan Merokok!!


#Ini dah jadi macam budaya rakyat Malaysia dah. lepas makan je mesti nak hisap sebatang. Katanya nanti mulot rasa tak sedap. Pakcik2 abang2...tau tak merokok selepas makan akan memberi kesan sama seperti menghisap rokok sebanyak 10 batang pada waktu lain tau !! Secara tidak langsung, pakcik2 abang2 yang merokok tuh boleh menghidap penyakit barah. Takutnyerrrr!! So stop smoking!! Ingatlah orang yang menyayangi anda k!


5. Jangan berlari~~


# berlari lepas makan ni jarang2 la orang buat kan...SS rasa atlet je selalu berlari lepas makan kihkihkih...jika anda pernah buat sebelum nih..lepas ni jangan buat da ye! Sebab nanti perut anda tidak dapat menyerap nutrisi yang ada pada makanan tersebut. Membazir je apa yang korang makan tadi. waduh2! dah la barang makanan sekarang mahal tol x? so be clever ok. 


MAri kita sama2 amalkan...
Jagalah kesihatan kita :) cegah sebelum terlambat ye! 


Di olah oleh dak,

Friday, May 27, 2011

Berfesyen Ala korea??

Korea..oo korea! habis dak2 remaja Malaysia zaman sekarang da nk terkena virus berfesyen ala2 korea nih..haha..sume K-pop punye pasal la nih..haha. For me..fesyen ala2 korea ni cantik gak..sbb baju2 dia unik2..meletop gitu. but i dont like lady gaga style..so weird! i prefer sumting that more natural..cool..like that. how about u? ske fesyen2 korea ni.. the most thing i like is puff jaket..ala yg ada kedut2 kat bahu tu..haa yg tu aku suka bangat. Skang da ada satu..cuma xpakai je ag. besides that..i love cardigan yg cumel2..so sweet! cme kalo nk pakai kat malaysia ni cm xberapa sesuai la kan..sbb sni panas berapi..kat korea tu sejuk beku..dah la malas nk celoteh panjang jom tgok gambar2..

this amoi pakai
1. Puff gaga -pink
2. Sleveless cardigan and belt
3. short pant
*cumell but not for muslim k! kalo nk pakai boleh tp pandai cover pe yg kurg yek!
kalo nk beli bju cmni i suggest this link..Mini Uptown Collections II






i love pretty thing..pretty clothes..shoes..handbag..ske yg cumel3!! ok kiki bah! one day..aku nk buat umah yg ada bilik khas untk my cloth only..mcm dalam princess diaries..waah bestnyer!! dush dush!! udah2 la syiera oi nk berangan nyer..ngee~

Sunday, May 22, 2011

Tips nk pilih spek mata. o-o


Hye2..sume! tetiba ase cm ada mood lak nk menulis blog..agpon mmg tgh bosan gile ni..Mr A pon xde..dia g knduri baca yasin..aku pon layan la diri sorg2! so arini aku nk ckp sal spek mata..adakah anda juga memakai spek seperti saya?? hihi..org kata sesiapa yg pakai spek ni bijak,,btol ke? hihi ..mata tu jadi rabun sbb slalu baca buku ek. dulu time kecik2 bila ayah belikan spek mata untk kita..kita ase cm da dewasa..matured gitu. haha..tp sbnrnye pakai spek mata ni satu kerugian..salah satu nkmat yang Allah beri kat kita telah ditarik balik btol x? apa2 pon..gaya hidup sihat dapat melambatkan proses kerosakan mata kita..cewah macam beri ceramah lak.. Tadi tgh2 aku google sal spek ni terjumpa la satu blog ni bg cara2 nk pilih cermin mata dengan betol..jom kita tengok..waachhaaa!


Bagi mereka yang bentuk muka petak.
-Lebar dahi, tulang pipi dan rahang seimbang sehingga terbentuk seperti kotak atau persegi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Bingkai berbentuk bulat dan bujur adalah yang paling sesuai….
*Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atasnya…iaitu lebih tebal di bahagian atasnya..

Elakkan: Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawahnya kerana muka anda akan menjadi lebih petak….oleh itu cuba bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka anda.


Bagi mereka yang bentuk muka bujur sirih.
Bingkai cermin mata yang sesuai: Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda….tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau “jatuh” kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang.


Bagi mereka yang bentuk muka Oblong.
-Muka lebih panjang dari lebar muka seseorang itu, mempunyai garisan lurus pipi yang panjang dan kadang-kadang mempunyai garis hidung yang panjang.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Cuba bingkai yang lebih lebar atau lebih labuh.
*Pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang bercorak dan menarik kerana ia dapat menambahkan lebar pada muka anda.

Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam “memendekkan” hidung dan kaki (temple) yang “jatuh” akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek.


Bagi mereka yang bentuk muka Bulat.
Muka di mana, lebar dan panjang muka mempunyai nisbah yang sama dan hampir sekali tidak mempunyai sudut.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat.
*Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang….
*Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat..

Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.

Bagi mereka yang bentuk muka Diamond (Berlian).
-Muka yang berbentuk berlian disifatkan sebagai kawasan yang sempit pada mata dan rahang, serta dahi dan pipi yang kecil. Tulang pipi selalunya tinggi dan agak jelas kelihatan.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Pilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya.
*Frameless adalah pilihan yang sesuai.
*Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga sesuai.

Tips: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban).

Bagi mereka yang bentuk muka heart (Hati).
-Muka berbentuk hati mempunyai kawasan dahi yang sangat luas dan tulang pipi yang sangat tinggi. Bahagian dagu pula kecil berbanding kawasan dahi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Rimless juga sesuai untuk bentuk muka ini.

Tips: Bentuk muka ini merupakan bentuk muka yang sukar untuk dipadankan dengan bingkai kacamata disebabkan hampir kesemua bentuk bingkai akan menyerlahkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan. Oleh itu rimless adalah pilihan terbaik untuk anda.

Bagi mereka yang bentuk muka segi tiga.
-Muka berbentuk segitiga mempunyai kawasan dahi yang kecil manakala kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
Cuba bingkai yang petak sedikit atau half-frame atau sebarang bentuk bingkai yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut.

  • haa,,.amacam? da dpt bentuk cermin mata yang sesuai? huhu..actually kan..aku nk sgt pki full frame spek..kaler itam...ala2 old school gitu..tp takut cm xsesuai je..nt mmbazir duit den..ase2 ok x nan mke aku??



Ase2 ok x nan lau aku pakai??