Pages

Friday, December 16, 2011

Tips pilih baju agar nampak langsing!

Hye hye hye..hari ni syira nak crita sal tips nak pilih baju lak..syira tau  korang pon da pandai nak pilih2 baju kan. tapi biasalah manusia ni unik dilahirkan dengan citarasa yang berbeda2. ada yang mau yang cenggini ada yang nak yang macam tu..aiishh macam2..


tapi yang penting pasti ibuk2 kakak2 mau kelihatan langsin macam lisa suruhani kan..jangan risau..syira akan cuba membantu. cewah..macam syira ni teror sangat je kan..huhu. Syira sekadar berkongsi apa yang syira tau wokeyh. tak salahkan?? hehehe....


OH GEMUKNYA!! TAKNAKLA PAkAI BAJU Ni!!.. lantas baju tu dicampak jauh2..adehhh! sayang sama itu baju dik..kan membazir..

Lepas ni sebelum beli baju tu...kita kena tengok badan kita bentuk macam mana dulu k. Bentuk badan manusia (perempuan) boleh di kategorikan kepada dua jenis...


1. Berbentuk epal 
Besar diatas (dada) dan kecil dibawah (kaki yang kurus)



2. Berbentuk pear..korang kenal x?
Badan kurus je..tapi pinggul dan peha agak besar.

So sekarang korang da kenal pastikan badan korang jenis macam mana? haaa baru lah senang nak cari baju....

Untuk yang memiliki badan yang besar di bagian atas, korang mestilah menghindari pakai baju yang mengerlip2 atau terang di daerah atas. sebaiknya menggunakan warna yang lebih gelap. Pakailah baju dengan lengan besar atau baju yang longgar ke bawah untuk menutupi pinggul dan pinggang. elakkan dari memakai pakaian yang mencuri perhatian orang lain.. Anda jugak mestilah meminamakan warna pemakaian anda. Gunakan baju yang lebih plain lebih baik. Namun untuk tampil kekal bergaya korang hiaskan penampilan korang dengan menggunakan tudung yang bercorak menarik. gunakan kasut yang berwarna terang jugak boleh mengalihkan pandangan orang lain terhadap bahagian atas badan korang okey!

Bagi mereka yang memiliki pinggul yang besar dan mahu kelihatan lebih langsing..korang kena pandai memilih seluar. Cara-caranya..pakai lah seluar yang menutupi sehingga ke paras buku lali anda...ditambah pula pemilihan jeas berjenis boot cut atau straight leg akan menampakkan peha korang menjadi lebih langsing gitu.

Selain itu, bagi mereka yang memiliki bahagian bawah yang besar jugak...korang boleh memilih baju yang berspan kecil. jangan terlalu tebal kerana itu akan menampakkan diri korang lebih besaar. kenakan hiasan yang agak ringan diatas.

dalam pemilihan gaun pula..pastikan korang tidak memakai gaun separuh atau berbentuk potongan payung. Oh no!! nanti kamu akan menonjolkan bahagian peha kamu yang besar itu..Sebaliknya pilih gaun yang labuh hingga ke paras kaki wokey!

memilih baju yang mempunyai garisan vertical juga turut membantu anda kelihatan langsing. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk terlihat langsing.

Mengenakan bangle dan jam model gelang kadang kala membuat lengan Anda tampak lebih kecil. Hindari kain mengilap banyak warna. Ini akan memantulkan cahaya dan membuat Anda tampak lebih besar.

wah..panjang lebar dah syira bebel...korang paham tak? okey lepas ni kita sama2 amalkan nya ...

bubye...

No comments: