Pages

Saturday, December 31, 2011

Epal digoreng? ranggup seperti kentang!

assalamualaikum...

hai sume! hari ni syira nk membincangkan tajuk yang amat mermusykilkan orak syira beberapa saat yang lalu. takdela musykil sangat cuma rasa janggal. janggal kenapa? hehe..

sebab mak syira yang baru pulang dari beijing pada disember yang lalu..telah pulang bersama2 kerepek@keropok@cekedis  entahla apa yang patut syira kelaskan pada makanan tersebut. Bukan keropok atau kerepek biasa ianya unik.

Yelakan kalo tak unik wat pe la syira merajinkan diri menaip entri sebegini rupa disaat buku sedang memanggil2 untuk membelainya. kerepek ni di buat daripada epal! ya epal kawan2! bukan cik epal yang buat ye..itu tidak benar sama sekali.

epal tu digoreng seperti kentang goreng setelah dihiris nipis2..memang owesome la rsanya. Sweet sour gitu! enak dimakan bergitu sahaja. tapi bagi syira yang pegemar tegar makanan masin daripada yang manis ni ..kerepek itu tidak bejaya menambat hati syira. Syira lebih gemar kentang goreng chip potatos haha..

sekarang ni bukan setakat kentang je digoreng malah mcm2 lagi digoreng skali..epal goreng, limau goreng, betik goreng,,,lipas goreng cicak goreng errghh! anda dirumah jangan cuba yang pelik2 tu ya..haram disisi agama islam..menjijikkan dn boleh membawa penyakit..

ni gambar snack epal goreng dari china :-




Friday, December 16, 2011

Tips pilih baju agar nampak langsing!

Hye hye hye..hari ni syira nak crita sal tips nak pilih baju lak..syira tau  korang pon da pandai nak pilih2 baju kan. tapi biasalah manusia ni unik dilahirkan dengan citarasa yang berbeda2. ada yang mau yang cenggini ada yang nak yang macam tu..aiishh macam2..


tapi yang penting pasti ibuk2 kakak2 mau kelihatan langsin macam lisa suruhani kan..jangan risau..syira akan cuba membantu. cewah..macam syira ni teror sangat je kan..huhu. Syira sekadar berkongsi apa yang syira tau wokeyh. tak salahkan?? hehehe....


OH GEMUKNYA!! TAKNAKLA PAkAI BAJU Ni!!.. lantas baju tu dicampak jauh2..adehhh! sayang sama itu baju dik..kan membazir..

Lepas ni sebelum beli baju tu...kita kena tengok badan kita bentuk macam mana dulu k. Bentuk badan manusia (perempuan) boleh di kategorikan kepada dua jenis...


1. Berbentuk epal 
Besar diatas (dada) dan kecil dibawah (kaki yang kurus)



2. Berbentuk pear..korang kenal x?
Badan kurus je..tapi pinggul dan peha agak besar.

So sekarang korang da kenal pastikan badan korang jenis macam mana? haaa baru lah senang nak cari baju....

Untuk yang memiliki badan yang besar di bagian atas, korang mestilah menghindari pakai baju yang mengerlip2 atau terang di daerah atas. sebaiknya menggunakan warna yang lebih gelap. Pakailah baju dengan lengan besar atau baju yang longgar ke bawah untuk menutupi pinggul dan pinggang. elakkan dari memakai pakaian yang mencuri perhatian orang lain.. Anda jugak mestilah meminamakan warna pemakaian anda. Gunakan baju yang lebih plain lebih baik. Namun untuk tampil kekal bergaya korang hiaskan penampilan korang dengan menggunakan tudung yang bercorak menarik. gunakan kasut yang berwarna terang jugak boleh mengalihkan pandangan orang lain terhadap bahagian atas badan korang okey!

Bagi mereka yang memiliki pinggul yang besar dan mahu kelihatan lebih langsing..korang kena pandai memilih seluar. Cara-caranya..pakai lah seluar yang menutupi sehingga ke paras buku lali anda...ditambah pula pemilihan jeas berjenis boot cut atau straight leg akan menampakkan peha korang menjadi lebih langsing gitu.

Selain itu, bagi mereka yang memiliki bahagian bawah yang besar jugak...korang boleh memilih baju yang berspan kecil. jangan terlalu tebal kerana itu akan menampakkan diri korang lebih besaar. kenakan hiasan yang agak ringan diatas.

dalam pemilihan gaun pula..pastikan korang tidak memakai gaun separuh atau berbentuk potongan payung. Oh no!! nanti kamu akan menonjolkan bahagian peha kamu yang besar itu..Sebaliknya pilih gaun yang labuh hingga ke paras kaki wokey!

memilih baju yang mempunyai garisan vertical juga turut membantu anda kelihatan langsing. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk terlihat langsing.

Mengenakan bangle dan jam model gelang kadang kala membuat lengan Anda tampak lebih kecil. Hindari kain mengilap banyak warna. Ini akan memantulkan cahaya dan membuat Anda tampak lebih besar.

wah..panjang lebar dah syira bebel...korang paham tak? okey lepas ni kita sama2 amalkan nya ...

bubye...

Tuesday, December 13, 2011

Jom buat agar bersama syira! Lab session #1

Bismillahirrahmanirrahim...salam semua!! korang tengah watpe tu? wah seeronok nye adik2 tengah bercuti yek...msti pergi holiday kan? story morry la skettt...heee

Hari ni syira nak cerita sal lab syira. Asyik2 sal tips2 kan..apelah salahnya sekali sekala syira story sal kampus life syira pulak kan.

Korang tau tak syira ni study course MLT or Medical Laboratory Technology? hehe...so tengok nama kos pon dah ada lab kan..semestinya la syira selalu bertandang ke lab.

Kali ini syira ditugaskan oleh lecturer hencem syira untuk buat agar. Eh eh..bukan agar agar yang jual kat pekan sari tu tau. bukan perisa sirap , jagung or milo ye..ni perisa terbaik dari ladang punya. Agar ni dibuat untuk culture organism. apa2 bacteria virus semua..so kira agar ni macam rumah dia la..tempat dia membiak..

Antara salah satu bahan yang ada dalam agar ni ialah blood. woooo! scary tak..haha...nama pon bacteria kan..so mestilah dia suka duduk kat darah kita..maka terhasil lah blood agar.

Cara2 nak buat nye senang aje..sebijik cam main masak2...sape yang suka buat kek tu mesti teror buat agar ni. first kena timbang atas weigh balance..then bancuh dengan air..kacau kacau kacau..masuk dalam microwave...siap...! ada yang kena autoclave..untuk pastikan tiada organism yang tumbuh kat agar tu lagi...

Nak tengok tak lab microbe syira? jom jom...so kepada adik2 yang terasa berminat bidang2 medik tapi malas nak jadi doktor..boleh la join course ni..belajar sama susah je nan medik..tapi keje relaks beb...tak payah nak terkejar2 cam doktor.,.huu..Ops doktor jangan marah!

Masa ni baru nak pour agar yang siap dibancuh
ke dalam plate...

Semua sedang sibuk menjalankan tugas masing2..
maklumla dah sem 4 so semua kena buat sendiri..
lecturer just lepaskan je..

Sape tak kenal ni meh nak ketuk kepala!!!
ni  microscope ye adik2..

Ehem2...sweet tak wakaka...takdelah..bekerjasama tu penting..
apa yang penting??

Ni lah dia agar yang telah siap dipour...

Add caption

Ni lah dia CIKNAD...cuba teka yang mana...khusyuk je kan..

Ni agar yang telah dibancuh...
dan masih berbentuk liquid lagi..

bila kerja da siap..mula la nak snap merata2..(sila jangan tiru aksi
ini ketika berada dalam lab)

peewwiittt..


Itu sahaja! selagi kita masih muda dan sihat ..hargai dan nikmati nikmat yang diberikan okay! study2 jugak kadang relaks jugak bah...

wasalam..