Friday, August 1, 2014
Salam AidilFitri 2014.
Berpakaian baru aneka gaya..
Bertudung manis si dara...- meriahnya aidilfitri by siti nurhaliza.
Amboi..siap dendangkan lagu lagi bak hang. Hehe. Hai sumee..lama aih xhupdate belog kesayangan beta ni. Meskipon takde org nak terjah tapi beta tetap sayang sama ini belog. Haa nak cite pasal raya pulak entri kali ni. Kejap je kan dah habis ramadan. Pejam celik pejam celik..tup tup..taraaa....
Dah raya. Sekarang dah raya kelima uols. Diulangi ke LIMA. kejapnya masa berlalu.
Soo what my story raya ni? Memandangkan raya kali ini kak long beraya disini so meriah la sikit suasana dgn kehadiran budak dedobot dua org tuh. Si sofiya surirumah dgn ayyash aziz. Hahahaha...ombak rindu sgt.
Tema kali ini warna deep emerald green. Hah gituh.
Cantik jugaklah kaler tahun ni. So kira mcm pink emerald lah. My new niece kaseh nur laila pakai pinkish jugak omooo..so cute. Muah3. Sbb terlalu kiut terus terkishh.
Sampai raya ketiga kak long raya kat sini pastu turn belah muor pulak. Tinggallah kami dua beranak mak dan aku. Agaklah bosan. Agaklah.
Jomlah layan gambor. Baru meriah. Bye. Love uols. Xoxoxo.
Tuesday, February 19, 2013
Jodoh kurniaan Allah
Assalamualaikum teman yang disayangi sekalian ^^,
Hari ni tergerak nk kongsi kisah yg saya baca di fb. wahh sgt menarik. Teringin di hati mendapat jodoh sedemikian. Namun hati telah terpaut pada seseorang. kalau ada jodoh sy dgn dia pasti kami akn bersatu kmbali. Jika tidak, sy kena redha dengan ketetapan Illahi. Bila tiba masanya, pasti Allah akan tutup pintu hati saya buat dia yg saya sayangi, dan bukak untk bakal imam saya kan. Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui. Baca dulu kisah dibawah ni..enjoy ur reading!
Pencarian untuk mencari pasangan hidup bermula ketika saya berumur 18 tahun, saat saya menjejakkan kaki ke kolej persediaan untuk ke luar negara di Lembah Beringin.
Untuk seorang yang cuba mengelakkan percintaan sebelum perkahwinan, tentulah sukar secara logiknya untuk saya mencari teman yang sempurna. Namun saya percaya pada kekuatan doa.
Bertitik tolak daripada keyakinan itulah, saya sentiasa berdoa agar ditunjukkan jodoh yang terbaik. Permintaan yang dibuat tidak spesifik, kerana saya yakin bahawa Allah lebih mengetahui orang yang terbaik dan paling sesuai untuk saya. Seseorang yg nampak cantik pada pandangan luaran dan baik akhlaknya pada pandangan kita, tidak semestinya pilihan yang terbaik.
Saya mengakui dalam tempoh pencarian, hati saya berkenan dengan beberapa orang muslimah. Namun, setiap kali saya beristikharah, setiap kali itu jugalah terjadi sesuatu perkara yang entah bagaimana meyakinkan saya bahawa mereka bukanlah jodoh yang ditentukan ALlah untuk saya.
Perkara ini terjadi beberapa kali. Melangkah ke tahun 2 A Level, pencarian diteruskan di kalangan junior perempuan yang baru mendaftar. Seorang pelajar yang bertudung labuh menarik perhatian saya. Dengan penampilan sebegitu, saya menyangka dia adalah lepasan sekolah agama namun sangkaan saya meleset. Seorang yang sentiasa melazimi solat solat fardhu secara berjemaah di surau kolej, dan sentiasa konsisten menghabiskan waktu rehat untuk Solat Dhuha. Seorang yang sentiasa menundukkan pandangan apabila berselisih. Dia bukanlah lepasan sekolah agama, namun komitmennya terhadap deenul Islam ini boleh saja mengalahkan majoriti lepasan SMKA/Maahad. Ya, saya telah jatuh hati pada akhlaknya.
Saya meneruskan usaha untuk mengenali dirinya. Semakin saya mengenalinya, semakin kuat gerak hati yg mengatakan bahawa dialah jodoh saya. Berselisih dengannya membuat hati saya bergetar dan berdebar. Saya memohon kepada ALlah agar diberikan petunjuk dalam solat istikharah.
Pada suatu malam, saya telah diberikan kekuatan untuk memaklumkan kepadanya tentang gerak hati saya yg merasakan bahawa dia adalah jodoh saya. Secara logiknya, dia selaku seorang yang tidak pernah mengenali saya, pastinya akan meminta masa untuk memikirkan tentang lamaran tersebut. Saranan untuk dia melakukan solat istikharah, memohon petunjuk daripada ALlah pada hemat saya merupakan saranan yang wajar.
Namun jawapan yang saya terima adalah amat mengejutkan. Dia telahpun beristikharah dan dia juga merasakan bahawa saya adalah jodoh yang telah ditakdirkan ALlah untuknya. SubhanALlah. Saya menangis gembira dalam sujud syukur apabila menerima jawapan tersebut. Dialah jodoh dari ALlah yang saya cari-cari selama ini. Maha Suci Allah yang mengatur dan memudahkan urusan ini untuk saya.
Walaupun personaliti kami berbeza (dia seorang yang introvert dan saya extrovert), perbezaan pada dirinya itulah yang melengkapkan hidup saya. Seorang yang menyintai saya dengan sepenuh jiwa. Seorang yang membuatkan saya rasa beruntung kerana memilikinya. Seorang yang lahir ketenangan di hati dan jiwa saya apabila menatap wajahnya. Dia yang telah selamat bergelar isteri saya sejak tiga tahun lepas. Sungguh saya sayang dan mencintainya kerana ALlah. Moga2 cinta kami berdua adalah cinta yang membawa ke syurga.
via Cinta Tak Perlu Di Cari Kerana Ia Tersisip Di Lipatan Hati"
So, mcm mana? Mesti kalian pun teringin kan nk bercinta selepas kahwin. ya mmg indah. sbb nanti blh merasakan nikmat bercinta tu bersama2 kan huhu..maka berdoalah..ya kita sama2 berdoa ye. semoga kita pon dapat jodoh yang baik2..dan menyayangi kita sepenuh hati dengan redha Allah.
First thing, kita kena buat, jadilah muslimah sejati. perbaiki amalan kita, tingkah laku kita, pergaulan kita..insyallah. Saya pon masih belajar..sedikit demi sedikit dan harap berterusan. Dan janganlah berubah secara drastik..namun semakin berkurangan. Insyallah, kalau kita jaga diri kita, mesti akan ada adam yg memandang kita penuh penghormatan. Kita hawa hanya bisa menanti adam mendapatkan kita. Apa boleh buat. haha.
Monday, February 4, 2013
Doa Yusuf dan Zulaikha.
Assalamualaikum.
Pertemuan aku dan rakan2 tempoh hari telah menemukan aku dengan doa ni. Macam mana? Semuanya bermula apabila mereka bertanya khabar tentang diriku. masa itu aku amat merindu hamba Allah ini. Dibibirku sering aku katakan, sahabat sekalian..doakan kami bersatu kembali ya? mungkin bukan sekarang tapi suatu hari nanti.
Kemudian salah seorang rakan ku berkata... "syie,kalau kamu terlalu rindukan dia tapi kamu tidak boleh buat apa2..cubalah cari doa yusuf untuk zulaikha " Alhamdulillah, seakan Allah mendengar rintihan hatiku..aku pon mencari doa tersebut. doa ini adalah untuk sampaikan rindu. insyaAllah doa ini akan dimakbulkan dan org yg kita rindui tu akan merasakannya.
Doa yusuf untuk zulaikha..
Selepas berdoa kita kena yakin kepada Allah. Bertawakal kepadanya. Insyallah. Lega rasa rindu di hati kita tu.
Setelah menelaah kisah nabi yusuf dan zulaikha, terjumpa pula doa zulaikha buat yusuf. Indahnya bercinta tapi masing2 tidak tahu isi hati. so sweet!
Aminn! Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk seseorang hambaNya. Aku serahkan padaNya.
Pertemuan aku dan rakan2 tempoh hari telah menemukan aku dengan doa ni. Macam mana? Semuanya bermula apabila mereka bertanya khabar tentang diriku. masa itu aku amat merindu hamba Allah ini. Dibibirku sering aku katakan, sahabat sekalian..doakan kami bersatu kembali ya? mungkin bukan sekarang tapi suatu hari nanti.
Kemudian salah seorang rakan ku berkata... "syie,kalau kamu terlalu rindukan dia tapi kamu tidak boleh buat apa2..cubalah cari doa yusuf untuk zulaikha " Alhamdulillah, seakan Allah mendengar rintihan hatiku..aku pon mencari doa tersebut. doa ini adalah untuk sampaikan rindu. insyaAllah doa ini akan dimakbulkan dan org yg kita rindui tu akan merasakannya.
Doa yusuf untuk zulaikha..
Ya Allah, Sampaikan salam rindu ku kepada ....(nama penuh insan itu)
sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin
Selepas berdoa kita kena yakin kepada Allah. Bertawakal kepadanya. Insyallah. Lega rasa rindu di hati kita tu.
Setelah menelaah kisah nabi yusuf dan zulaikha, terjumpa pula doa zulaikha buat yusuf. Indahnya bercinta tapi masing2 tidak tahu isi hati. so sweet!
Bismillahirahmanirrahim..
Tuhanku…
Seandainya telah kau takdirkan
Dia Milikku…….. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami
Mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
Serta tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan
Melontar bayangannya kedada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bias bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Dan Tuhanku tan Tercipta
Biarkanlah yang hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir
Memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi
Kasihku padaMU
Aminn! Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk seseorang hambaNya. Aku serahkan padaNya.
Sunday, January 20, 2013
Mimpi. Adakah petunjuk?
Assalamualaikum semua.
Hati aku terdetik nak kongsikan apa yang aku alami baru
sahaja 30 minit yang lepas. aku bangun untuk solat subuh pagi tadi. Kemudian
selesai solat dan wirit aku tertidur. Aku tidur dengan lena tanpa sedar.
Dalam lena aku itu aku bermimpi yang amat dasyat. Seramnya
masih terasa sampai sekarang. Bukan aku mimpi hantu tapi seakan HARI
KIAMAT. Ya Allah takutnya hati ini. Tak
habis-habis aku mengucap dan beristighfar sampai sekarang.
Didalam mimpi tersebut, (ingatan yang masih terkejut dan samar2) aku melihat orang berbunuh-bunuhan. Di satu tempat yang lapang, Aku ada
bersama rakan saya tapi saya tak ingt siapa. Orang berperang dengan dasyat. Ada
yang panah, tembak, dan macam2 lagi. Dalam kejadian tersebut, mereka seakan
tidak nampak aku . Namun belum mereka berhenti berperang ada seorang yang nampak kami, iaitu seorang perempuan tua. Aku dan rakan pon berlari dan masuk ke satu
tempat/ bangunan.
Ingatan aku tak berapa jelas mcm mana aku boleh sampai ke
bangunan itu..di bangunan itu aku jumpa rakan2 sekolah menengah aku. Ada beberapa
yang aku ingat. Kemudian, di dalam bilik itu aku nampak orang
berkhalwat/berzina mereka tengah menjalinkan hubungn tut la. Astaghfirullah. Bukan
sorang tapi ramai. Dan kawan mereka pon turut ada disitu tapi buat seakan tidak
nmpak.
Kemudian, aku berjalan di dalam bangunan itu, dan ada
majlis makan. aku tak tahu majlis apa. aku yang sangat lapar sebab berlari
tadi terus sahaja join makan.. aku mengambil pinggan. Makanan yang ada mewah2
sekali. Ayam golek, keju, pudding, sotong, dan banyak sangat dalam 4 meja
panjang. aku pon mengambil makanan yang aku rasa nk makan. aku bawa makanan
tersebut dan duduk didalam satu bilik bersama rakan sekolah menengah yang lain.
Classmate aku time form 5. Dan kedudukan meja sama macam di sekolah.
Bila aku nk makan je, aku tengok makanan dalam pinggan aku hilang. Terpana seketika. Rasanya dah ambil tadi. Tiba2 ada, tiba2
hilang. Seakan magic pulak. Astaghfirullah. aku terdiam sebab pelik.
Tiba2 seorang rakan aku menjerit sebab air bah yang sangat
besar. Kami berada di tingkat 4, dan bangunan itu atas bukit. Air bah boleh
separa dengan tingkap kami. masyaAllah. Dalam masa yang sama, aku dengar bunyi
gajah *menjerit seakan sedang berlari menyelamatkan diri.
aku dengar kawan aku menjerit..”malam ni malam jumaat
kan!! Hari dah kiamat“ lantas aku memeluk kawan aku F yang merupakan askar. Tapi
dia kelihatan takut sgt. aku mengucap sekuat kuatnya. Badan seakan tak boleh
bergerak kerana ketakutan.
Aku beristighfar banyak kali. Aku mengucap tak henti
henti. Kami di dalam kelas itu semua nya ketakutan. Ya Allah masih terasa
perasaan itu. Aku mula menyesali dosa dosa yang pernah ku lakukan. Aku tak habis2
berdoa di dalam hati agar Allah ampunkan doaku. Tanpa henti aku mengucap dan
beristighfar.
Angin sangat kencang dan air bah seakan tsunami berlegar2
sekeliling bangunan. MasyaAllah. Takut bukan kepalang. Hanya berserah diri
padanya. Dalam pada itu, ada seorang lelaki yang saya tak kenali, hilang
bajunya. Dia bogel. Dan dia punya penis (maaf terpaksa sebut) menjadi
panjang...sampai kebawah lutut. Astagfirullah. Apa yang berlaku saya pon tidak
tahu.
Masa itu tiada siapa yang fikirkan keadaan dia berbogel itu.
Masing2 sibuk meminta keampunan kepada Allah akan dosa masing2. Sampai sekarang aku rasa takutnya. Ya Allah! Kemudian, sekilas aku pandang tingkap,
petir dan kilat sambung menyambung, hujan kuat. Air seakan memusing seperti tsunami.
MasyaAllah.
Kemudian, ada ular yang sangat besar tercampak ke dalam melalui
tingkap. Ianya sangat besar. Kepalanya dah besar macam singa. Ular itu berwarna
putih dan bersinar. Ya Allah, kawanku menjerit ketakutan. Aku hanya mengigil
sambil terpikir apa yang sedang berlaku. Dalam sibuk orang takutkan ular tu tiba2..
Ada seorang rakan
sekolah aku yang alim. Aku lihat dia sedang berdoa sambil memegang Al-quran.
Suasana gelap dan suram. Namun, AL-QURAN itu MENYALA. AL-QURAN itu mengeluarkan
CAHAYA yang sangat cantik. Subhanallah. Aku terpana melihat kecantikan cahaya
AL-QURAN itu. Kawan ku itu membaca kepingan ayat dari al-Quran dengan
lantang..angin pon berkurang sedikit demi sedikit...itulah yang paling aku ingat pada saat itu,
Cahaya daripada AL-Quran itu sangat terang. Lebih terang
daripada lampu kalimantang. Menyinari sepenuh bilik itu. Ular yang besar itu
menjadi kaku, lantas sedikit demi sedikit menjadi kecil...sangat kecil (sebesar cicak) selepas
mendengar ayat itu. Subhanallah. Ular itu tiba2 mengensot seakan mengejar kearah ku
dan memanjat aku, kemudian aku terjaga dari lena.
# aku tidak tahu adakah ini satu pertunjuk atau sekadar
mainan syaitan. Aku rumuskan, mana yang elok kita jadikan pedoman dalam hidup
kita. Mungkin disebalik mimpi ini , Allah ingin sampaikan sesuatu untuk aku yg
alpa kepadanya. Didalam solat subuh tadi aku bermunajat agar Allah berikan aku
petunjuk dan hidayah agar dekat
kepadaNya mungkin ini yang Dia berikan.
#kedua, bunuh dan zina semakin banyak pada hari ini. Kalau
dipikirkan, bunuh bukan sahaja secara tikaman, tembak dn Sebgainya tapi
termasuk dalam memfitnah. Mengumpat juga adalah dosa besar. Ya Allah ampunilah
aku andai aku pernah melakukanya tanpa sedar atau tidak sedar. Dan berzina ini
pon begitu. Kadang2 kita tidak sedar yang kita telah pon melakukan zina. Ampuni
aku ya Allah. Cukuplah sampai disini, aku akan mencari cintaNya terlebih
dahulu. Terima kasih ya Allah sedarkan aku.
#seterusnya, Al-Quran telah membuktikan kehebatannya. Marilah
kita beramal kepadanya..membacanya setiap hari.
# Sebentar tadi aku
membaca tafsiran mimpi ular. Ada yang kata akan bertemu jodoh tidak lama lagi. Satu
rujukan berkata “-Jika bermimpi dikejar ular, maka
pertanda ada seseorang yang mencintai Anda.” “ Ular berwarna
emas lebih bermaksud kepada seseorang yang tinggi imannya mendatangi anda.”
Allahualam..aku serah padaNya. Ya Allah.
Akhir kata, aku bersyukur atas mimpi ini. Membuatkan aku
sedar dan serik. Sesungguhnya Allah yang patut kita utamakan. Dimana pon kita
berada. Aku ingin berkongsi kisah ini buat pengajaran dan petunjuk bukan sahaja untuk diri aku malahan rakan2
sekalian.
Marilah kita menuju kearah Illahi. Sesungguhnya, kiamat
semakin menghampiri. Dan ajal kita tiada siapa yang tahu. Terima kasih ya Allah, Alhamdulillah. Jarang sekali
aku dpt menulis sebegini panjang, ini semua ilham datang dariNya. Wassalam.
Thursday, December 13, 2012
Lapor diri JPA
Assalamualaikum teman2 sekalian.
hari ini syira nk kongsikan bagaimana nak lapor diri JPA secara online. Hal ini ditujukan khas kepada pemegang-pemegang biasiswa JPA yang telah berjaya menamatkan sesi pengajian mereka. Secara peribadinya, setiap pemegang biasiswa JPA akan menerima surat khas daripada pihak JPA untuk memaklumkan bahawa anda perlu melaporkan diri kepada JPA. telah jelas arahan disitu bagaimana ingin melaporkan diri. Namun bagi adik2 kakak abang2 yang belum paham meh saya nk tolong anda.
Memandangkan saya baru sahaja melaporkan diri kepada pihak JPA. Jadi saya berbesar hati ingin berkongsi ilmu kepada kalian semua bagaimana nak lapor diri secara online.
Ini Lapor Diri Secara Online ya!
1. Sebelum melapor diri korang kena memohon jawatan di SPA. Seperti syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JPA. Link untuk memohon di SPA borang permohonan SPA 8i http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I korang Daftar Akaun Baru bagi yang belum pernah memohon. Kemudian isi semua butiran yang diperlukan. Minima kerja yang dipohon adalah 5.
2. Selesai SPA. Kemudian korang pergi ke laman portal JPA. Pergi ke link ini http://esimos.jpa.gov.my/esilav2/ . Sila Daftar Pengguna Baru bagi yang belum ada akaun. Kemudian Log In macam biasa. Isi semua butiran yang diperlukan.
Selesai. Mudahkan.
Khas untuk orang macam saya yang belum konvo, tiada salinan Ijazah/Diploma/ Surat pengesahan senat dan Salinan Transkrip Pekerjaan.
Thank you JPA! love u.
hari ini syira nk kongsikan bagaimana nak lapor diri JPA secara online. Hal ini ditujukan khas kepada pemegang-pemegang biasiswa JPA yang telah berjaya menamatkan sesi pengajian mereka. Secara peribadinya, setiap pemegang biasiswa JPA akan menerima surat khas daripada pihak JPA untuk memaklumkan bahawa anda perlu melaporkan diri kepada JPA. telah jelas arahan disitu bagaimana ingin melaporkan diri. Namun bagi adik2 kakak abang2 yang belum paham meh saya nk tolong anda.
Memandangkan saya baru sahaja melaporkan diri kepada pihak JPA. Jadi saya berbesar hati ingin berkongsi ilmu kepada kalian semua bagaimana nak lapor diri secara online.
Ini Lapor Diri Secara Online ya!
1. Sebelum melapor diri korang kena memohon jawatan di SPA. Seperti syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JPA. Link untuk memohon di SPA borang permohonan SPA 8i http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I korang Daftar Akaun Baru bagi yang belum pernah memohon. Kemudian isi semua butiran yang diperlukan. Minima kerja yang dipohon adalah 5.
2. Selesai SPA. Kemudian korang pergi ke laman portal JPA. Pergi ke link ini http://esimos.jpa.gov.my/esilav2/ . Sila Daftar Pengguna Baru bagi yang belum ada akaun. Kemudian Log In macam biasa. Isi semua butiran yang diperlukan.
Selesai. Mudahkan.
Khas untuk orang macam saya yang belum konvo, tiada salinan Ijazah/Diploma/ Surat pengesahan senat dan Salinan Transkrip Pekerjaan.
Thank you JPA! love u.
Subscribe to:
Posts (Atom)


