Pages

Tuesday, February 19, 2013

Jodoh kurniaan Allah

Assalamualaikum teman yang disayangi sekalian ^^,

Hari ni tergerak nk kongsi kisah yg saya baca di fb. wahh sgt menarik. Teringin di hati mendapat jodoh sedemikian. Namun hati telah terpaut pada seseorang. kalau ada jodoh sy dgn dia pasti kami akn bersatu kmbali. Jika tidak, sy kena redha dengan ketetapan Illahi. Bila tiba masanya, pasti Allah akan tutup pintu hati saya buat dia yg saya sayangi, dan bukak untk bakal imam saya kan. Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui. Baca dulu kisah dibawah ni..enjoy ur reading!


"Jodoh kurniaan Allah. Doa senjata Mu'min

Pencarian untuk mencari pasangan hidup bermula ketika saya berumur 18 tahun, saat saya menjejakkan kaki ke kolej persediaan untuk ke luar negara di Lembah Beringin.

Untuk seorang yang cuba mengelakkan percintaan sebelum perkahwinan, tentulah sukar secara logiknya untuk saya mencari teman yang sempurna. Namun saya percaya pada kekuatan doa.

Bertitik tolak daripada keyakinan itulah, saya sentiasa berdoa agar ditunjukkan jodoh yang terbaik. Permintaan yang dibuat tidak spesifik, kerana saya yakin bahawa Allah lebih mengetahui orang yang terbaik dan paling sesuai untuk saya. Seseorang yg nampak cantik pada pandangan luaran dan baik akhlaknya pada pandangan kita, tidak semestinya pilihan yang terbaik.

Saya mengakui dalam tempoh pencarian, hati saya berkenan dengan beberapa orang muslimah. Namun, setiap kali saya beristikharah, setiap kali itu jugalah terjadi sesuatu perkara yang entah bagaimana meyakinkan saya bahawa mereka bukanlah jodoh yang ditentukan ALlah untuk saya.

Perkara ini terjadi beberapa kali. Melangkah ke tahun 2 A Level, pencarian diteruskan di kalangan junior perempuan yang baru mendaftar. Seorang pelajar yang bertudung labuh menarik perhatian saya. Dengan penampilan sebegitu, saya menyangka dia adalah lepasan sekolah agama namun sangkaan saya meleset. Seorang yang sentiasa melazimi solat solat fardhu secara berjemaah di surau kolej, dan sentiasa konsisten menghabiskan waktu rehat untuk Solat Dhuha. Seorang yang sentiasa menundukkan pandangan apabila berselisih. Dia bukanlah lepasan sekolah agama, namun komitmennya terhadap deenul Islam ini boleh saja mengalahkan majoriti lepasan SMKA/Maahad. Ya, saya telah jatuh hati pada akhlaknya.

Saya meneruskan usaha untuk mengenali dirinya. Semakin saya mengenalinya, semakin kuat gerak hati yg mengatakan bahawa dialah jodoh saya. Berselisih dengannya membuat hati saya bergetar dan berdebar. Saya memohon kepada ALlah agar diberikan petunjuk dalam solat istikharah.

Pada suatu malam, saya telah diberikan kekuatan untuk memaklumkan kepadanya tentang gerak hati saya yg merasakan bahawa dia adalah jodoh saya. Secara logiknya, dia selaku seorang yang tidak pernah mengenali saya, pastinya akan meminta masa untuk memikirkan tentang lamaran tersebut. Saranan untuk dia melakukan solat istikharah, memohon petunjuk daripada ALlah pada hemat saya merupakan saranan yang wajar.

Namun jawapan yang saya terima adalah amat mengejutkan. Dia telahpun beristikharah dan dia juga merasakan bahawa saya adalah jodoh yang telah ditakdirkan ALlah untuknya. SubhanALlah. Saya menangis gembira dalam sujud syukur apabila menerima jawapan tersebut. Dialah jodoh dari ALlah yang saya cari-cari selama ini. Maha Suci Allah yang mengatur dan memudahkan urusan ini untuk saya.

Walaupun personaliti kami berbeza (dia seorang yang introvert dan saya extrovert), perbezaan pada dirinya itulah yang melengkapkan hidup saya. Seorang yang menyintai saya dengan sepenuh jiwa. Seorang yang membuatkan saya rasa beruntung kerana memilikinya. Seorang yang lahir ketenangan di hati dan jiwa saya apabila menatap wajahnya. Dia yang telah selamat bergelar isteri saya sejak tiga tahun lepas. Sungguh saya sayang dan mencintainya kerana ALlah. Moga2 cinta kami berdua adalah cinta yang membawa ke syurga.

via Cinta Tak Perlu Di Cari Kerana Ia Tersisip Di Lipatan Hati"

So, mcm mana? Mesti kalian pun teringin kan nk bercinta selepas kahwin. ya mmg indah. sbb nanti blh merasakan nikmat bercinta tu bersama2 kan huhu..maka berdoalah..ya kita sama2 berdoa ye. semoga kita pon dapat jodoh yang baik2..dan menyayangi kita sepenuh hati dengan redha Allah. 

First thing, kita kena buat, jadilah muslimah sejati. perbaiki amalan kita, tingkah laku kita, pergaulan kita..insyallah. Saya pon masih belajar..sedikit demi sedikit dan harap berterusan. Dan janganlah berubah secara drastik..namun semakin berkurangan. Insyallah, kalau kita jaga diri kita, mesti akan ada adam yg memandang kita penuh penghormatan. Kita hawa hanya bisa menanti adam mendapatkan kita. Apa boleh buat. haha.

Oklah..smoga memberi manfaat kepada kita semua. wasalam..

Monday, February 4, 2013

Doa Yusuf dan Zulaikha.

Assalamualaikum.

Pertemuan aku dan rakan2 tempoh hari telah menemukan aku dengan doa ni. Macam mana? Semuanya bermula apabila mereka bertanya khabar tentang diriku. masa itu aku amat merindu hamba Allah ini. Dibibirku sering aku katakan, sahabat sekalian..doakan kami bersatu kembali ya? mungkin bukan sekarang tapi suatu hari nanti.

Kemudian salah seorang rakan ku berkata... "syie,kalau kamu terlalu rindukan dia tapi kamu tidak boleh buat apa2..cubalah cari doa yusuf untuk zulaikha " Alhamdulillah, seakan Allah mendengar rintihan hatiku..aku pon mencari doa tersebut. doa ini adalah untuk sampaikan rindu. insyaAllah doa ini akan dimakbulkan dan org yg kita rindui tu akan merasakannya.

Doa yusuf untuk zulaikha..

Ya Allah, Sampaikan salam rindu ku kepada ....(nama penuh insan itu)
 sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin

Selepas berdoa kita kena yakin kepada Allah. Bertawakal kepadanya. Insyallah. Lega rasa rindu di hati kita tu.

Setelah menelaah kisah nabi yusuf dan zulaikha, terjumpa pula doa zulaikha buat yusuf. Indahnya bercinta tapi masing2 tidak tahu isi hati. so sweet!

Bismillahirahmanirrahim..
Tuhanku…
Seandainya telah kau takdirkan
Dia Milikku…….. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami
Mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
Serta tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan
Melontar bayangannya kedada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bias bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Dan Tuhanku tan Tercipta
Biarkanlah yang hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir
Memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi
Kasihku padaMU

Aminn! Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk seseorang hambaNya. Aku serahkan padaNya.