Pages

Monday, August 17, 2015

Life as an intern student at MINT

assalamualaikum uols.

-------- 17/8/2015--------


Sekarang ini aku kat kolej. tengah berpraktikal di Agensi Nuklear Malaysia @ MINT. So far dah dua minggu aku kat sini.

SV aku nama dia Encik Bohari. Baik peramah dan sempoi. tapi en bo (nama glemer) ni busy sikit orangnya. so kebanyakkan masanya aku mereput di bilik mesyuarat. Disana aku di tugaskan di Bahagian Teknologi Perubatan. yelah selaras dengan kos yg aku amik bidang health sciences kan.

Hari pertama kat sana, aku diberi taklimat mengenai praktikal dan rule MINT tu daripada bahagian HR. You can do this do that n bla bla bla. For the first few days, kami kena jalan kaki daripada pintu depan smpi lah bangunan lab kat belakang. Agak jauh jugaklah. Tapi bila berjalan beramai ramai takdelah rasa penat sangat. tapi penat jugaklah.

Lepas tiga hari camtu baru dapat tag / pas praktikal student. Dalam MINT tu ada beberapa bangunan dan beberapa bahagian. Agak luas dan memerlukan stamina yg kuat memandangkan bangunan dia berbukit bukit. Ada jugak praktikal student dari bidang engineering kat sana. hmm menarik.

Kemudian, aku diberi tugasan atau projek yang kena handle sndiri. Actually everything in there is cofidential and dibawah perlindungan akta. even kau nak masuk pon kena tulis nama semua bagai..ada polis yg bersenjata lagi depan pagar. kecut tak?? haha

Tajuk projek aku under En Bo ni adalah Tc99 (radioactive process and preparing) and second Carbomethylation Process of Sago Starch (bahasa mudahnya nak buat coating ubat). Excited jugaklah bila blajar nak buat ubat ni kan. haaa baru lah kau dapat imagine macam mana supplement yg kau makan selama ni dibuat n process. very nice info and knowledge u can gain there. cuma for this time, kami malang sikit sbb most staff are busy with their works. banyak seminar n so on.

Sepanjang di MINT name tag tu wajib pakai. Dan yg bestnya bila kau works with people yg hebat2..yang truly scientist and researcher. masa tu barulah kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Most of staff dah ada master and phd as well as their contribution to our science, technology and sort of product. Kalau contribute journal tu toksah citelah..mmg berlambak.

Disitu aku mula tersedar yg perjalanan hidup aku masih pnjang. selain tu, aku rasa mcm, ramai lagi org yg lebih hebat dalam dunia ni. and something that i never think about. they can think. mcm buat research tulah. macam Albert Einstein kadang2 aku rasa dia gila. hahahaha

So, dalam dua minggu ni aku bukan sahaja pandai mereput, buat journal, main game, tapi aku juga mulai terpikir masa depan...what i want to do in my life? what contribution i can make? and how can i get a proper job with nice surrounding..hehe..

kawen? postpone dululah. kbai.


The key of success, keep moving and always thinking

Friday, August 1, 2014

Salam AidilFitri 2014.

Berpakaian baru aneka gaya..
Bertudung manis si dara...

- meriahnya aidilfitri by siti nurhaliza.

Amboi..siap dendangkan lagu lagi bak hang. Hehe. Hai sumee..lama aih xhupdate belog kesayangan beta ni. Meskipon takde org nak terjah tapi beta tetap sayang sama ini belog. Haa nak cite pasal raya pulak entri kali ni. Kejap je kan dah habis ramadan. Pejam celik pejam celik..tup tup..taraaa....

Dah raya. Sekarang dah raya kelima uols. Diulangi ke LIMA.  kejapnya masa berlalu.

Soo what my story raya ni? Memandangkan raya kali ini kak long beraya disini so meriah la sikit suasana dgn kehadiran budak dedobot dua org tuh. Si sofiya surirumah dgn ayyash aziz. Hahahaha...ombak rindu sgt.

Tema kali ini warna deep emerald green. Hah gituh.

Cantik jugaklah kaler tahun ni. So kira mcm pink emerald lah. My new niece kaseh nur laila pakai pinkish jugak omooo..so cute. Muah3. Sbb terlalu kiut terus terkishh.

Sampai raya ketiga kak long raya kat sini pastu turn belah muor pulak. Tinggallah kami dua beranak mak dan aku. Agaklah bosan. Agaklah.

Jomlah layan gambor. Baru meriah. Bye. Love uols. Xoxoxo.







Tuesday, February 19, 2013

Jodoh kurniaan Allah

Assalamualaikum teman yang disayangi sekalian ^^,

Hari ni tergerak nk kongsi kisah yg saya baca di fb. wahh sgt menarik. Teringin di hati mendapat jodoh sedemikian. Namun hati telah terpaut pada seseorang. kalau ada jodoh sy dgn dia pasti kami akn bersatu kmbali. Jika tidak, sy kena redha dengan ketetapan Illahi. Bila tiba masanya, pasti Allah akan tutup pintu hati saya buat dia yg saya sayangi, dan bukak untk bakal imam saya kan. Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui. Baca dulu kisah dibawah ni..enjoy ur reading!


"Jodoh kurniaan Allah. Doa senjata Mu'min

Pencarian untuk mencari pasangan hidup bermula ketika saya berumur 18 tahun, saat saya menjejakkan kaki ke kolej persediaan untuk ke luar negara di Lembah Beringin.

Untuk seorang yang cuba mengelakkan percintaan sebelum perkahwinan, tentulah sukar secara logiknya untuk saya mencari teman yang sempurna. Namun saya percaya pada kekuatan doa.

Bertitik tolak daripada keyakinan itulah, saya sentiasa berdoa agar ditunjukkan jodoh yang terbaik. Permintaan yang dibuat tidak spesifik, kerana saya yakin bahawa Allah lebih mengetahui orang yang terbaik dan paling sesuai untuk saya. Seseorang yg nampak cantik pada pandangan luaran dan baik akhlaknya pada pandangan kita, tidak semestinya pilihan yang terbaik.

Saya mengakui dalam tempoh pencarian, hati saya berkenan dengan beberapa orang muslimah. Namun, setiap kali saya beristikharah, setiap kali itu jugalah terjadi sesuatu perkara yang entah bagaimana meyakinkan saya bahawa mereka bukanlah jodoh yang ditentukan ALlah untuk saya.

Perkara ini terjadi beberapa kali. Melangkah ke tahun 2 A Level, pencarian diteruskan di kalangan junior perempuan yang baru mendaftar. Seorang pelajar yang bertudung labuh menarik perhatian saya. Dengan penampilan sebegitu, saya menyangka dia adalah lepasan sekolah agama namun sangkaan saya meleset. Seorang yang sentiasa melazimi solat solat fardhu secara berjemaah di surau kolej, dan sentiasa konsisten menghabiskan waktu rehat untuk Solat Dhuha. Seorang yang sentiasa menundukkan pandangan apabila berselisih. Dia bukanlah lepasan sekolah agama, namun komitmennya terhadap deenul Islam ini boleh saja mengalahkan majoriti lepasan SMKA/Maahad. Ya, saya telah jatuh hati pada akhlaknya.

Saya meneruskan usaha untuk mengenali dirinya. Semakin saya mengenalinya, semakin kuat gerak hati yg mengatakan bahawa dialah jodoh saya. Berselisih dengannya membuat hati saya bergetar dan berdebar. Saya memohon kepada ALlah agar diberikan petunjuk dalam solat istikharah.

Pada suatu malam, saya telah diberikan kekuatan untuk memaklumkan kepadanya tentang gerak hati saya yg merasakan bahawa dia adalah jodoh saya. Secara logiknya, dia selaku seorang yang tidak pernah mengenali saya, pastinya akan meminta masa untuk memikirkan tentang lamaran tersebut. Saranan untuk dia melakukan solat istikharah, memohon petunjuk daripada ALlah pada hemat saya merupakan saranan yang wajar.

Namun jawapan yang saya terima adalah amat mengejutkan. Dia telahpun beristikharah dan dia juga merasakan bahawa saya adalah jodoh yang telah ditakdirkan ALlah untuknya. SubhanALlah. Saya menangis gembira dalam sujud syukur apabila menerima jawapan tersebut. Dialah jodoh dari ALlah yang saya cari-cari selama ini. Maha Suci Allah yang mengatur dan memudahkan urusan ini untuk saya.

Walaupun personaliti kami berbeza (dia seorang yang introvert dan saya extrovert), perbezaan pada dirinya itulah yang melengkapkan hidup saya. Seorang yang menyintai saya dengan sepenuh jiwa. Seorang yang membuatkan saya rasa beruntung kerana memilikinya. Seorang yang lahir ketenangan di hati dan jiwa saya apabila menatap wajahnya. Dia yang telah selamat bergelar isteri saya sejak tiga tahun lepas. Sungguh saya sayang dan mencintainya kerana ALlah. Moga2 cinta kami berdua adalah cinta yang membawa ke syurga.

via Cinta Tak Perlu Di Cari Kerana Ia Tersisip Di Lipatan Hati"

So, mcm mana? Mesti kalian pun teringin kan nk bercinta selepas kahwin. ya mmg indah. sbb nanti blh merasakan nikmat bercinta tu bersama2 kan huhu..maka berdoalah..ya kita sama2 berdoa ye. semoga kita pon dapat jodoh yang baik2..dan menyayangi kita sepenuh hati dengan redha Allah. 

First thing, kita kena buat, jadilah muslimah sejati. perbaiki amalan kita, tingkah laku kita, pergaulan kita..insyallah. Saya pon masih belajar..sedikit demi sedikit dan harap berterusan. Dan janganlah berubah secara drastik..namun semakin berkurangan. Insyallah, kalau kita jaga diri kita, mesti akan ada adam yg memandang kita penuh penghormatan. Kita hawa hanya bisa menanti adam mendapatkan kita. Apa boleh buat. haha.

Oklah..smoga memberi manfaat kepada kita semua. wasalam..

Monday, February 4, 2013

Doa Yusuf dan Zulaikha.

Assalamualaikum.

Pertemuan aku dan rakan2 tempoh hari telah menemukan aku dengan doa ni. Macam mana? Semuanya bermula apabila mereka bertanya khabar tentang diriku. masa itu aku amat merindu hamba Allah ini. Dibibirku sering aku katakan, sahabat sekalian..doakan kami bersatu kembali ya? mungkin bukan sekarang tapi suatu hari nanti.

Kemudian salah seorang rakan ku berkata... "syie,kalau kamu terlalu rindukan dia tapi kamu tidak boleh buat apa2..cubalah cari doa yusuf untuk zulaikha " Alhamdulillah, seakan Allah mendengar rintihan hatiku..aku pon mencari doa tersebut. doa ini adalah untuk sampaikan rindu. insyaAllah doa ini akan dimakbulkan dan org yg kita rindui tu akan merasakannya.

Doa yusuf untuk zulaikha..

Ya Allah, Sampaikan salam rindu ku kepada ....(nama penuh insan itu)
 sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin

Selepas berdoa kita kena yakin kepada Allah. Bertawakal kepadanya. Insyallah. Lega rasa rindu di hati kita tu.

Setelah menelaah kisah nabi yusuf dan zulaikha, terjumpa pula doa zulaikha buat yusuf. Indahnya bercinta tapi masing2 tidak tahu isi hati. so sweet!

Bismillahirahmanirrahim..
Tuhanku…
Seandainya telah kau takdirkan
Dia Milikku…….. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami
Mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
Serta tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan
Melontar bayangannya kedada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bias bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Dan Tuhanku tan Tercipta
Biarkanlah yang hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir
Memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi
Kasihku padaMU

Aminn! Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk seseorang hambaNya. Aku serahkan padaNya.


Sunday, January 20, 2013

Mimpi. Adakah petunjuk?


Assalamualaikum semua.

Hati aku terdetik nak kongsikan apa yang aku alami baru sahaja 30 minit yang lepas. aku  bangun untuk solat subuh pagi tadi. Kemudian selesai solat dan wirit aku  tertidur. Aku tidur dengan lena tanpa sedar.

Dalam lena aku  itu aku bermimpi yang amat dasyat. Seramnya masih terasa sampai sekarang. Bukan aku  mimpi hantu tapi seakan HARI KIAMAT.  Ya Allah takutnya hati ini. Tak habis-habis aku mengucap dan beristighfar sampai sekarang.

Didalam mimpi tersebut, (ingatan yang masih terkejut dan samar2) aku  melihat orang berbunuh-bunuhan. Di satu tempat yang lapang, Aku ada bersama rakan saya tapi saya tak ingt siapa. Orang berperang dengan dasyat. Ada yang panah, tembak, dan macam2 lagi. Dalam kejadian tersebut, mereka seakan tidak nampak aku . Namun belum mereka berhenti berperang ada seorang yang nampak kami, iaitu seorang perempuan tua. Aku dan rakan pon berlari dan masuk ke satu tempat/ bangunan.

Ingatan aku tak berapa jelas mcm mana aku boleh sampai ke bangunan itu..di bangunan itu aku jumpa rakan2 sekolah menengah aku. Ada beberapa yang aku ingat. Kemudian, di dalam bilik itu aku nampak orang berkhalwat/berzina mereka tengah menjalinkan hubungn tut la. Astaghfirullah. Bukan sorang tapi ramai. Dan kawan mereka pon turut ada disitu tapi buat seakan tidak nmpak.

Kemudian, aku berjalan di dalam bangunan itu, dan ada majlis makan. aku tak tahu majlis apa. aku yang sangat lapar sebab berlari tadi terus sahaja join makan.. aku mengambil pinggan. Makanan yang ada mewah2 sekali. Ayam golek, keju, pudding, sotong, dan banyak sangat dalam 4 meja panjang. aku pon mengambil makanan yang aku rasa nk makan. aku bawa makanan tersebut dan duduk didalam satu bilik bersama rakan sekolah menengah yang lain. Classmate aku time form 5. Dan kedudukan meja sama macam di sekolah.

Bila aku nk makan je, aku tengok makanan dalam pinggan aku hilang. Terpana seketika. Rasanya dah ambil tadi. Tiba2 ada, tiba2 hilang. Seakan magic pulak. Astaghfirullah. aku terdiam sebab pelik.

Tiba2 seorang rakan aku menjerit sebab air bah yang sangat besar. Kami berada di tingkat 4, dan bangunan itu atas bukit. Air bah boleh separa dengan tingkap kami. masyaAllah. Dalam masa yang sama, aku dengar bunyi gajah *menjerit seakan sedang berlari menyelamatkan diri.

aku dengar kawan aku menjerit..”malam ni malam jumaat kan!! Hari dah kiamat“ lantas aku memeluk kawan aku F yang merupakan askar. Tapi dia kelihatan takut sgt. aku mengucap sekuat kuatnya. Badan seakan tak boleh bergerak kerana ketakutan.

Aku beristighfar banyak kali. Aku mengucap tak henti henti. Kami di dalam kelas itu semua nya ketakutan. Ya Allah masih terasa perasaan itu. Aku mula menyesali dosa dosa yang pernah ku lakukan. Aku tak habis2 berdoa di dalam hati agar Allah ampunkan doaku. Tanpa henti aku mengucap dan beristighfar.

Angin sangat kencang dan air bah seakan tsunami berlegar2 sekeliling bangunan. MasyaAllah. Takut bukan kepalang. Hanya berserah diri padanya. Dalam pada itu, ada seorang lelaki yang saya tak kenali, hilang bajunya. Dia bogel. Dan dia punya penis (maaf terpaksa sebut) menjadi panjang...sampai kebawah lutut. Astagfirullah. Apa yang berlaku saya pon tidak tahu.

Masa itu tiada siapa yang fikirkan keadaan dia berbogel itu. Masing2 sibuk meminta keampunan kepada Allah akan dosa masing2. Sampai sekarang aku rasa takutnya. Ya Allah! Kemudian, sekilas aku pandang tingkap, petir dan kilat sambung menyambung, hujan kuat. Air seakan memusing seperti tsunami. MasyaAllah.

Kemudian, ada ular yang sangat besar tercampak ke dalam melalui tingkap. Ianya sangat besar. Kepalanya dah besar macam singa. Ular itu berwarna putih dan bersinar. Ya Allah, kawanku menjerit ketakutan. Aku hanya mengigil sambil terpikir apa yang sedang berlaku. Dalam sibuk orang takutkan ular tu tiba2..

 Ada seorang rakan sekolah aku yang alim. Aku lihat dia sedang berdoa sambil memegang Al-quran. Suasana gelap dan suram. Namun, AL-QURAN itu MENYALA. AL-QURAN itu mengeluarkan CAHAYA yang sangat cantik. Subhanallah. Aku terpana melihat kecantikan cahaya AL-QURAN itu. Kawan ku itu membaca kepingan ayat dari al-Quran dengan lantang..angin pon berkurang sedikit demi sedikit...itulah yang paling aku ingat pada saat itu,

Cahaya daripada AL-Quran itu sangat terang. Lebih terang daripada lampu kalimantang. Menyinari sepenuh bilik itu. Ular yang besar itu menjadi kaku, lantas sedikit demi sedikit menjadi kecil...sangat kecil (sebesar cicak) selepas mendengar ayat itu. Subhanallah. Ular itu tiba2 mengensot seakan mengejar kearah ku dan memanjat aku, kemudian aku terjaga dari lena.

# aku tidak tahu adakah ini satu pertunjuk atau sekadar mainan syaitan. Aku rumuskan, mana yang elok kita jadikan pedoman dalam hidup kita. Mungkin disebalik mimpi ini , Allah ingin sampaikan sesuatu untuk aku yg alpa kepadanya. Didalam solat subuh tadi aku bermunajat agar Allah berikan aku petunjuk  dan hidayah agar dekat kepadaNya mungkin ini yang Dia berikan.

#kedua, bunuh dan zina semakin banyak pada hari ini. Kalau dipikirkan, bunuh bukan sahaja secara tikaman, tembak dn Sebgainya tapi termasuk dalam memfitnah. Mengumpat juga adalah dosa besar. Ya Allah ampunilah aku andai aku pernah melakukanya tanpa sedar atau tidak sedar. Dan berzina ini pon begitu. Kadang2 kita tidak sedar yang kita telah pon melakukan zina. Ampuni aku ya Allah. Cukuplah sampai disini, aku akan mencari cintaNya terlebih dahulu. Terima kasih ya Allah sedarkan aku.

#seterusnya, Al-Quran telah membuktikan kehebatannya. Marilah kita beramal kepadanya..membacanya setiap hari.

# Sebentar tadi  aku membaca tafsiran mimpi ular. Ada yang kata akan bertemu jodoh tidak lama lagi. Satu rujukan berkata “-Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai Anda.” “ Ular berwarna emas lebih bermaksud kepada seseorang yang tinggi imannya mendatangi anda.” Allahualam..aku serah padaNya. Ya Allah.

Akhir kata, aku bersyukur atas mimpi ini. Membuatkan aku sedar dan serik. Sesungguhnya Allah yang patut kita utamakan. Dimana pon kita berada. Aku ingin berkongsi kisah ini buat pengajaran dan petunjuk bukan sahaja untuk diri aku malahan rakan2 sekalian.

Marilah kita menuju kearah Illahi. Sesungguhnya, kiamat semakin menghampiri. Dan ajal kita tiada siapa yang tahu.  Terima kasih ya Allah, Alhamdulillah. Jarang sekali aku dpt menulis sebegini panjang, ini semua ilham datang dariNya. Wassalam.