Pages

Sunday, January 20, 2013

Mimpi. Adakah petunjuk?


Assalamualaikum semua.

Hati aku terdetik nak kongsikan apa yang aku alami baru sahaja 30 minit yang lepas. aku  bangun untuk solat subuh pagi tadi. Kemudian selesai solat dan wirit aku  tertidur. Aku tidur dengan lena tanpa sedar.

Dalam lena aku  itu aku bermimpi yang amat dasyat. Seramnya masih terasa sampai sekarang. Bukan aku  mimpi hantu tapi seakan HARI KIAMAT.  Ya Allah takutnya hati ini. Tak habis-habis aku mengucap dan beristighfar sampai sekarang.

Didalam mimpi tersebut, (ingatan yang masih terkejut dan samar2) aku  melihat orang berbunuh-bunuhan. Di satu tempat yang lapang, Aku ada bersama rakan saya tapi saya tak ingt siapa. Orang berperang dengan dasyat. Ada yang panah, tembak, dan macam2 lagi. Dalam kejadian tersebut, mereka seakan tidak nampak aku . Namun belum mereka berhenti berperang ada seorang yang nampak kami, iaitu seorang perempuan tua. Aku dan rakan pon berlari dan masuk ke satu tempat/ bangunan.

Ingatan aku tak berapa jelas mcm mana aku boleh sampai ke bangunan itu..di bangunan itu aku jumpa rakan2 sekolah menengah aku. Ada beberapa yang aku ingat. Kemudian, di dalam bilik itu aku nampak orang berkhalwat/berzina mereka tengah menjalinkan hubungn tut la. Astaghfirullah. Bukan sorang tapi ramai. Dan kawan mereka pon turut ada disitu tapi buat seakan tidak nmpak.

Kemudian, aku berjalan di dalam bangunan itu, dan ada majlis makan. aku tak tahu majlis apa. aku yang sangat lapar sebab berlari tadi terus sahaja join makan.. aku mengambil pinggan. Makanan yang ada mewah2 sekali. Ayam golek, keju, pudding, sotong, dan banyak sangat dalam 4 meja panjang. aku pon mengambil makanan yang aku rasa nk makan. aku bawa makanan tersebut dan duduk didalam satu bilik bersama rakan sekolah menengah yang lain. Classmate aku time form 5. Dan kedudukan meja sama macam di sekolah.

Bila aku nk makan je, aku tengok makanan dalam pinggan aku hilang. Terpana seketika. Rasanya dah ambil tadi. Tiba2 ada, tiba2 hilang. Seakan magic pulak. Astaghfirullah. aku terdiam sebab pelik.

Tiba2 seorang rakan aku menjerit sebab air bah yang sangat besar. Kami berada di tingkat 4, dan bangunan itu atas bukit. Air bah boleh separa dengan tingkap kami. masyaAllah. Dalam masa yang sama, aku dengar bunyi gajah *menjerit seakan sedang berlari menyelamatkan diri.

aku dengar kawan aku menjerit..”malam ni malam jumaat kan!! Hari dah kiamat“ lantas aku memeluk kawan aku F yang merupakan askar. Tapi dia kelihatan takut sgt. aku mengucap sekuat kuatnya. Badan seakan tak boleh bergerak kerana ketakutan.

Aku beristighfar banyak kali. Aku mengucap tak henti henti. Kami di dalam kelas itu semua nya ketakutan. Ya Allah masih terasa perasaan itu. Aku mula menyesali dosa dosa yang pernah ku lakukan. Aku tak habis2 berdoa di dalam hati agar Allah ampunkan doaku. Tanpa henti aku mengucap dan beristighfar.

Angin sangat kencang dan air bah seakan tsunami berlegar2 sekeliling bangunan. MasyaAllah. Takut bukan kepalang. Hanya berserah diri padanya. Dalam pada itu, ada seorang lelaki yang saya tak kenali, hilang bajunya. Dia bogel. Dan dia punya penis (maaf terpaksa sebut) menjadi panjang...sampai kebawah lutut. Astagfirullah. Apa yang berlaku saya pon tidak tahu.

Masa itu tiada siapa yang fikirkan keadaan dia berbogel itu. Masing2 sibuk meminta keampunan kepada Allah akan dosa masing2. Sampai sekarang aku rasa takutnya. Ya Allah! Kemudian, sekilas aku pandang tingkap, petir dan kilat sambung menyambung, hujan kuat. Air seakan memusing seperti tsunami. MasyaAllah.

Kemudian, ada ular yang sangat besar tercampak ke dalam melalui tingkap. Ianya sangat besar. Kepalanya dah besar macam singa. Ular itu berwarna putih dan bersinar. Ya Allah, kawanku menjerit ketakutan. Aku hanya mengigil sambil terpikir apa yang sedang berlaku. Dalam sibuk orang takutkan ular tu tiba2..

 Ada seorang rakan sekolah aku yang alim. Aku lihat dia sedang berdoa sambil memegang Al-quran. Suasana gelap dan suram. Namun, AL-QURAN itu MENYALA. AL-QURAN itu mengeluarkan CAHAYA yang sangat cantik. Subhanallah. Aku terpana melihat kecantikan cahaya AL-QURAN itu. Kawan ku itu membaca kepingan ayat dari al-Quran dengan lantang..angin pon berkurang sedikit demi sedikit...itulah yang paling aku ingat pada saat itu,

Cahaya daripada AL-Quran itu sangat terang. Lebih terang daripada lampu kalimantang. Menyinari sepenuh bilik itu. Ular yang besar itu menjadi kaku, lantas sedikit demi sedikit menjadi kecil...sangat kecil (sebesar cicak) selepas mendengar ayat itu. Subhanallah. Ular itu tiba2 mengensot seakan mengejar kearah ku dan memanjat aku, kemudian aku terjaga dari lena.

# aku tidak tahu adakah ini satu pertunjuk atau sekadar mainan syaitan. Aku rumuskan, mana yang elok kita jadikan pedoman dalam hidup kita. Mungkin disebalik mimpi ini , Allah ingin sampaikan sesuatu untuk aku yg alpa kepadanya. Didalam solat subuh tadi aku bermunajat agar Allah berikan aku petunjuk  dan hidayah agar dekat kepadaNya mungkin ini yang Dia berikan.

#kedua, bunuh dan zina semakin banyak pada hari ini. Kalau dipikirkan, bunuh bukan sahaja secara tikaman, tembak dn Sebgainya tapi termasuk dalam memfitnah. Mengumpat juga adalah dosa besar. Ya Allah ampunilah aku andai aku pernah melakukanya tanpa sedar atau tidak sedar. Dan berzina ini pon begitu. Kadang2 kita tidak sedar yang kita telah pon melakukan zina. Ampuni aku ya Allah. Cukuplah sampai disini, aku akan mencari cintaNya terlebih dahulu. Terima kasih ya Allah sedarkan aku.

#seterusnya, Al-Quran telah membuktikan kehebatannya. Marilah kita beramal kepadanya..membacanya setiap hari.

# Sebentar tadi  aku membaca tafsiran mimpi ular. Ada yang kata akan bertemu jodoh tidak lama lagi. Satu rujukan berkata “-Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai Anda.” “ Ular berwarna emas lebih bermaksud kepada seseorang yang tinggi imannya mendatangi anda.” Allahualam..aku serah padaNya. Ya Allah.

Akhir kata, aku bersyukur atas mimpi ini. Membuatkan aku sedar dan serik. Sesungguhnya Allah yang patut kita utamakan. Dimana pon kita berada. Aku ingin berkongsi kisah ini buat pengajaran dan petunjuk bukan sahaja untuk diri aku malahan rakan2 sekalian.

Marilah kita menuju kearah Illahi. Sesungguhnya, kiamat semakin menghampiri. Dan ajal kita tiada siapa yang tahu.  Terima kasih ya Allah, Alhamdulillah. Jarang sekali aku dpt menulis sebegini panjang, ini semua ilham datang dariNya. Wassalam.