Pages

Sunday, October 30, 2011

Tips kurus : Perkara yang TAK BOLEH buat selepas makan

Tu dia!!! besar lagi gambar SS letak. Haaa..korang dah bacakan tips untuk hari ini..."Perkara yang TAK BOLEH buat selepas makan" haaaa..ape yang anda buat yek selepas makan...?

Disini ada lima perkara yang korang tak leh buat selepas makan tau!! Kalau dah kata jangan buat tu maknanya ada side effect la kan. haa nanti SS akan story panjang2 ape kesannya ye. Yang penting korang kena ingat lima perkara...sebelum lima perkara...eh eh silap. tu lagu raihan demi masa kihkihkih...korang kena ingat lima perkara nih...

  1. Jangan minum ais!!
# waaaa...dah la feveret SS ice blended! patutla ***** SS nih..emmm. kempunan la cool blog SS seumur hidup.Nak tau tak sebab ape ice tak boleh? haa..meh sini rapat2 SS nak habaq...jika kita minum ais...perut kita akan kurang aktif..kalau kita dalam keadaan sejuk pon kita cam malas je nantok..pergerakan jadi lambat..macam tu la jugak perot. So sistem penghadaman kita pon akan terjejas..hadoiii..nanti sakit perot la pulak.

   2.  Jangan mandi!

# hahhh!! jangan mandi?? gilo ke ape nih...hehe..sabaq2 cek tak habis cakap lagi nih. Jangan mandi selepas makanlah! Mandi dikatakan boleh melaancarkan proses pengaliran darah di kaki tangan dan bahagian lain tetapi bukan perut ye adik2. So bila anda semua mandi selepas makan ia akan melemah kan proses penghadaman...ni kes sama macam ais tadi. Perut jd MALAS!


3.  Jangan tidur!!


# No! No! No! haa pastikan anda tidak tidur selepas makan. bayangkan perut anda yang penuh itu berada dalam keadaan horizontal. Macam mana perut tu nak spin kan?! kalau mesin basuh diletak terlentang pon ase2 dia akan berpusing tak? tidak kan. Lagipon tidur selepas makan akan cenderung berlakunya gastric. so stay up k! lepas dua jam makan baru boleh tido.


4. Jangan Merokok!!


#Ini dah jadi macam budaya rakyat Malaysia dah. lepas makan je mesti nak hisap sebatang. Katanya nanti mulot rasa tak sedap. Pakcik2 abang2...tau tak merokok selepas makan akan memberi kesan sama seperti menghisap rokok sebanyak 10 batang pada waktu lain tau !! Secara tidak langsung, pakcik2 abang2 yang merokok tuh boleh menghidap penyakit barah. Takutnyerrrr!! So stop smoking!! Ingatlah orang yang menyayangi anda k!


5. Jangan berlari~~


# berlari lepas makan ni jarang2 la orang buat kan...SS rasa atlet je selalu berlari lepas makan kihkihkih...jika anda pernah buat sebelum nih..lepas ni jangan buat da ye! Sebab nanti perut anda tidak dapat menyerap nutrisi yang ada pada makanan tersebut. Membazir je apa yang korang makan tadi. waduh2! dah la barang makanan sekarang mahal tol x? so be clever ok. 


MAri kita sama2 amalkan...
Jagalah kesihatan kita :) cegah sebelum terlambat ye! 


Di olah oleh dak,