Pages

Friday, May 27, 2011

Berfesyen Ala korea??

Korea..oo korea! habis dak2 remaja Malaysia zaman sekarang da nk terkena virus berfesyen ala2 korea nih..haha..sume K-pop punye pasal la nih..haha. For me..fesyen ala2 korea ni cantik gak..sbb baju2 dia unik2..meletop gitu. but i dont like lady gaga style..so weird! i prefer sumting that more natural..cool..like that. how about u? ske fesyen2 korea ni.. the most thing i like is puff jaket..ala yg ada kedut2 kat bahu tu..haa yg tu aku suka bangat. Skang da ada satu..cuma xpakai je ag. besides that..i love cardigan yg cumel2..so sweet! cme kalo nk pakai kat malaysia ni cm xberapa sesuai la kan..sbb sni panas berapi..kat korea tu sejuk beku..dah la malas nk celoteh panjang jom tgok gambar2..

this amoi pakai
1. Puff gaga -pink
2. Sleveless cardigan and belt
3. short pant
*cumell but not for muslim k! kalo nk pakai boleh tp pandai cover pe yg kurg yek!
kalo nk beli bju cmni i suggest this link..Mini Uptown Collections II






i love pretty thing..pretty clothes..shoes..handbag..ske yg cumel3!! ok kiki bah! one day..aku nk buat umah yg ada bilik khas untk my cloth only..mcm dalam princess diaries..waah bestnyer!! dush dush!! udah2 la syiera oi nk berangan nyer..ngee~

Sunday, May 22, 2011

Tips nk pilih spek mata. o-o


Hye2..sume! tetiba ase cm ada mood lak nk menulis blog..agpon mmg tgh bosan gile ni..Mr A pon xde..dia g knduri baca yasin..aku pon layan la diri sorg2! so arini aku nk ckp sal spek mata..adakah anda juga memakai spek seperti saya?? hihi..org kata sesiapa yg pakai spek ni bijak,,btol ke? hihi ..mata tu jadi rabun sbb slalu baca buku ek. dulu time kecik2 bila ayah belikan spek mata untk kita..kita ase cm da dewasa..matured gitu. haha..tp sbnrnye pakai spek mata ni satu kerugian..salah satu nkmat yang Allah beri kat kita telah ditarik balik btol x? apa2 pon..gaya hidup sihat dapat melambatkan proses kerosakan mata kita..cewah macam beri ceramah lak.. Tadi tgh2 aku google sal spek ni terjumpa la satu blog ni bg cara2 nk pilih cermin mata dengan betol..jom kita tengok..waachhaaa!


Bagi mereka yang bentuk muka petak.
-Lebar dahi, tulang pipi dan rahang seimbang sehingga terbentuk seperti kotak atau persegi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Bingkai berbentuk bulat dan bujur adalah yang paling sesuai….
*Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atasnya…iaitu lebih tebal di bahagian atasnya..

Elakkan: Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawahnya kerana muka anda akan menjadi lebih petak….oleh itu cuba bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka anda.


Bagi mereka yang bentuk muka bujur sirih.
Bingkai cermin mata yang sesuai: Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda….tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau “jatuh” kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang.


Bagi mereka yang bentuk muka Oblong.
-Muka lebih panjang dari lebar muka seseorang itu, mempunyai garisan lurus pipi yang panjang dan kadang-kadang mempunyai garis hidung yang panjang.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Cuba bingkai yang lebih lebar atau lebih labuh.
*Pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang bercorak dan menarik kerana ia dapat menambahkan lebar pada muka anda.

Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam “memendekkan” hidung dan kaki (temple) yang “jatuh” akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek.


Bagi mereka yang bentuk muka Bulat.
Muka di mana, lebar dan panjang muka mempunyai nisbah yang sama dan hampir sekali tidak mempunyai sudut.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat.
*Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang….
*Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat..

Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.

Bagi mereka yang bentuk muka Diamond (Berlian).
-Muka yang berbentuk berlian disifatkan sebagai kawasan yang sempit pada mata dan rahang, serta dahi dan pipi yang kecil. Tulang pipi selalunya tinggi dan agak jelas kelihatan.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Pilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya.
*Frameless adalah pilihan yang sesuai.
*Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga sesuai.

Tips: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban).

Bagi mereka yang bentuk muka heart (Hati).
-Muka berbentuk hati mempunyai kawasan dahi yang sangat luas dan tulang pipi yang sangat tinggi. Bahagian dagu pula kecil berbanding kawasan dahi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
*Rimless juga sesuai untuk bentuk muka ini.

Tips: Bentuk muka ini merupakan bentuk muka yang sukar untuk dipadankan dengan bingkai kacamata disebabkan hampir kesemua bentuk bingkai akan menyerlahkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan. Oleh itu rimless adalah pilihan terbaik untuk anda.

Bagi mereka yang bentuk muka segi tiga.
-Muka berbentuk segitiga mempunyai kawasan dahi yang kecil manakala kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas.

Bingkai cermin mata yang sesuai:
Cuba bingkai yang petak sedikit atau half-frame atau sebarang bentuk bingkai yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut.

  • haa,,.amacam? da dpt bentuk cermin mata yang sesuai? huhu..actually kan..aku nk sgt pki full frame spek..kaler itam...ala2 old school gitu..tp takut cm xsesuai je..nt mmbazir duit den..ase2 ok x nan mke aku??



Ase2 ok x nan lau aku pakai??